Nuffnang

Sabtu, 16 Jun 2012

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2012 01:17 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 16 May 2012 01:45 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2012 01:30 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Mar 2012 01:43 AM PDT


Kenapa Jamaluddin Jarjis nak join <b>kumpulan Estranged</b> ? » Isu <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 08:31 AM PDT

Ulasan Konsert Mania Minggu Pertama | Sensasi Selebriti

Posted: 19 Mar 2012 04:47 PM PDT

Pada malam Sabtu lalu, telah berlangsung, siaran live minggu pertama program realiti hiburan Mania di Studio 1, Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil. Evolusi 'Superstar' kini bermula. Konsert pemilihan minggu pertama Mania Sabtu lalu menyaksikan persembahan oleh empat artis terkenal iaitu Stacy, Kumpulan Estranged, Atilia dan Akim.

Penerbit Muzik Dato' M. Nasir telah membuat pilihan yang agak menarik apabila memilih Stacy yang terkenal dengan lagu-lagu berentak pantas. Penerbit Muzik dari Indonesia pula iaitu Ahmad Dhani telah memilih Atilia, Kumpulan Estranged dan Akim sebagai ahli kumpulan HIJAU. Manakala Penerbit Muzik Aubrey Suwito masih belum memilih bintang yang akan dibimbing.

Ebi ialah salah seorang peserta yang telah terpilih untuk menyertai Mania menerusi undian 'Hot Seats' telah membuat persembahan di hadapan kesemua Penerbit Muzik Mania. Ebi akan berada di bawah bimbingan Dato' M Nasir untuk digilap menjadi 'Superstar'.

Bintang manakah pula yang akan membuat persembahan untuk menambat hati Dato' M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito pada minggu ini? Bintang manakah pula yang terpilih untuk menyertai Mania menerusi 'Hot Seats'? Sama-sama kita saksikan.

Menurut komposer M. Nasir, Stacy menjadi pilihan kerana dia yakin bakat dan potensi juara Akademi Fantasia musim keenam itu boleh diperhebatkan.

"Saya tertarik dengan kegigihan, disiplin dan komitmennya ketika mengadakan sesebuah persembahan. Kemahiran dan kesungguhannya boleh diperhebatkan lagi. Stacy takkan selama-lamanya membawakan genre 'pop dance', dia perlu diberikan lagu-lagu lain yang bersesuaian dengan kemampuan vokalnya,"

Diminta mengulas mengenai reaksi terkejutnya apabila ditetapkan oleh program itu untuk menerima Ebi, komposer lagu Awan Nano itu berkata ia adalah satu cabaran yang perlu dilaksanakan.

"Ini adalah format yang telah ditetapkan program ini. Pada aspek rakaman, vokalnya (Ebi) mungkin boleh diperbaiki. Tetapi aspek persembahan dan karakter di pentas itu memerlukan pengubahsuaian yang banyak. Susah juga hendak cakap kerana masih terlalu awal," katanya yang masih berbaki tiga kekosongan lagi.

Minggu pertama program itu menyaksikan persembahan empat penyanyi iaitu Stacy dengan lagu The Edge of Glory nyanyian asal Lady Gaga, Atilia menerusi Gelombang (Salamiah Hassan), Estranged menampilkan Rozana (Search) dan Akim dengan Demi Cinta (Kerispatih), selain Ebi dengan lagu We Will Rock You (Queen).

Dalam pada itu, komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani mendahului senarai penyanyi pilihannya apabila memilih kumpulan Estranged, Atilia dan Akim. Bekas anggota kumpulan Dewa 19 itu berkata, tiga calon tersebut menjadi pilihan kerana kepelbagaian yang ditawarkan mereka.

"Saya mencari elemen variasi pada penyanyi-penyanyi di bawah empayar saya. Mereka menjadi pilihan kerana saya mencari penyanyi solo lelaki, solo perempuan dan kumpulan. Saya pilih Atilia kerana sudah lama tidak terlibat dalam pembikinan muzik jazz dan r&b sejak kali terakhir saya terbitkan album penyanyi Reza pada 1997. Saya ada banyak stok lagu genre itu," katanya yang berbaki dua tempat di bawahnya lagi.

Berbeza dengan M. Nasir dan Ahmad Dhani, seorang lagi komposer Aubrey Suwito masih tidak membuat sebarang pilihan pada persembahan minggu pembukaan itu.

"Mereka (M. Nasir dan Ahmad Dhani) terlalu membuat pilihan, saya tidak sempat untuk memilih mana-mana penyanyi daripada senarai minggu ini," katanya secara berseloroh.

Mania membariskan 12 penyanyi iaitu Adira, Akim, Atilia, Awi Rafael, Alyah, Hafiz Suip, Hazama, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Stacy, kumpulan Estranged dan Kristal, selain tiga peserta yang dipilih menerusi undian tertinggi Hot Seat.

Setiap komposer akan membimbing lima penyanyi dalam persaingan untuk merebut hadiah utama bernilai RM500,000 untuk juara, RM300,000 (naib juara) dan RM100,000 (tempat ketiga).

Penerbit muzik yang berjaya membimbing penyanyi sehingga menjadi juara juga akan membawa pulang RM300,000.

Program yang menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton ini disiarkan secara serentak pada setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan live streaming di laman web www.mania.com.my. – via Mstar

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Shila Amzah di Sidang Media Program MANIA
  • Gambar Adira di Majlis Pelancaran Astro Mania
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • MANIA Minggu Pertama Sabtu Ini
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Fira, Chaq dan Kumpulan Evo Bertarung di Konsert Kumpulan A
  • Keena, Thye, Black di Konsert Mentor
  • Profile Rina Akademi Fantasia 6
  • Fira, Chaq dan Kumpulan Evo Bertarung di Konsert Mentor
  • Mania Konsert Pertama Producer Pilih Artis ~ Life in The Fab Lame!

    Posted: 18 Mar 2012 04:17 PM PDT

    Kumpulan Bunkface Artis Jemputan untuk Konsert Pengenalan Mania

    Stacy Penyanyi Mania pertama yang membuat persembahan (GREAT!!!)

    Pada malam Konsert Pengenalan Mania sabtu lalu penonton di rumah telah disajikan dengan persembahan 3 penyanyi asal yang dipilih untuk mania, rina kelaskan sebagai okay, one Great!!! and the hot seat ticket singer was totally O-U-T and totally H-O-R-R-I-B-L-E!!
    However Stacy performance was tottaly Great! sebagai penyanyi mania yang pertama membuat persembahan Stacy memang tak menghampakan penonton dan peminatnya, Stacy menyanyi lagu Edge Of Glory by Lady Gaga "for me" Stacy was FLAWLESS! suara stacy memang mantap dan bertenaga dari mula menyanyi hingga akhir dengan melakukan tarian (bukan tarian yang ala kadar pulak tu) dan daripada reaksi ketiga-tiga producer semuanya memang nakkan Stacy tapi akhirnya Datuk M.Nasir yang dapat (pastinya gembira)
    Kemudian Atilia dengan lagu yang pernah dinyanyikan ibunya sendiri Salmiah Hassan, lagu Gelombang, Atilia nyanyi lagu tersebut dengan cara jazz, mula nyanyi tu agak slow dan actually i was bored to d-e-a-t-h lol and then agak almost halfway ada rancak sikit so okaylah taklah bored sangat :) Atilia kemudiannya dipilih untuk bernaung di bawah empayar Ahmad Dhani.
    Kumpulan Estranged pula membuat persembahan yang ketiga, nanyi lagu Rozana...errmmm.. sama jugak macam Atilia mula so slow... and then guitaris naik stage baru tempo lagu semakin rancak "i like" but i still think its just okay, dan kemudian Estranged dipilih bernaung di bawah empayar Ahmad Dhani .
    Persembahan yang keempat pula ialah Akim (memang tunggu-tunggu performance Akim) nyanyi lagu Demi Cinta walaupun rina peminat Akim tetapi agak dissapointed sikit too slow and draging too long that song ohh..my. mungkin lagu yang dipilih Akim tu yang tak sedap :( walau apapun tahniah sebab Akim telah dipilih untuk bernaung di bawah empayar Ahmad Dhani (Rina harapkan Akim di bawah M. Nasir)
    Kemudian Persembahan kelima dan terakhir pada konsert pertama mania sabtu lalu, Pengacara Pak Nil mengumumkan peserta tiket Hot seat yang pertama.. Ebi kornelis.. lerr menyanyi lagu We Will Rock You by kumpulan Queen nak kata semangat nyanyi tersebut taklah... gedik adelah, dahlah nyanyian banyak sumbang, so horrible!! kemudian performance yang so mengada-ngada!! seriously!! so mengada-ngada verry OVER!!! Kalau nyanyi sedap persembahan over tu mungkin rina masih boleh pejam setengah mata tapi ni tak... macam syok sendiri ler pulak persembahan si Ebi ni..sumbang,huru-hura and TAK ADA QUALITY LANGSUNG!,  tapi yang menambah lagi cuka di luka setelah si Ebi ni habis buat persembahan, bagi peserta Hot seat produser tak boleh pilih, Astro yang pilih produser untuk peserta hot seat, so the lucky producer (LOL)  untuk Ebi Kornelis ialah Datuk M. Nasir... so then si Ebi bersujud! OMG so Overacting! like it look so pathetic!! mungkin cara rina deskripsi pasal Ebi Kornelis ni uols tak faham jika tak lihat performance dan apa yang dilakukan oleh Ebi masa konsert ni... but long story short Apsal ler Ebi dipilih masuk Hot Seat? cakap nak cari Superstar Malaysia tapi pilih yang begini??   tak masuk akal...

    Stacy Nyanyi Lagu Lady Gaga-Edge Of Glory pada konsert pertama mania Great!!

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan