Remy Ishak - Google Blog Search |
<b>Remy Ishak</b> Diserang Jangkitan Paru-Paru Posted: 15 Jun 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan PETALING JAYA, 15 JUN 2012: Akibat kurang rehat dan tidur yang tidak sempurna, pelakon Remy Ishak, 30, telah diserang jakitan virus atau pneumonia. Atas dasar itu, Remy terpaksa ditahan dan dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri pada Isnin lalu. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak sudah berada di wad sejak Isnin lalu dan perlu menerima pemantauan dari doktor setiap masa. Difahamkan, rawatan ini perlu diteruskan sehingga pelakon filem Cun benar-benar sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah. Menyedari badannya tidak berada dalam keadaan selesa, Remy telah membuat pemeriksaan doktor sehingga dia disahkan mengidap penyakit ini. Apa yang pasti, sakit yang dialami Remy iaitu Pneumonia merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria di bahagian paru-paru. Antara simpton penyakit ini adalah batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru. Selepas diduga sakit ini, Remy menganggap ia sebagai satu pengajaran dan menasihat kepada orang ramai agar menjaga kesihatan sebaik mungkin. Memandang Remy masih belum sembuh, kekasih hati Tiz Zaqyah berasa ralat kerana gagal hadir ke pelancaran filem Aku,Kau dan Dia yang telah diadakan pada Rabu lalu. Malah, dia berasa sedih kerana tidak dapat menyertai beberapa promosi filem Jiwa Taiko sepanjang tempoh ditahan dalam wad. |
<b>Remy Ishak</b> Semakin Cintakan Tiz Zaqyah Posted: 31 May 2012 07:12 AM PDT Remy Ishak semakin cintakan Tiz Zakyah ok? berikut adalah pengakuan Remy Ishak bahawa semakin cintakan Tiz Zakyah. "Saya semakin cintakan dia." Begitulah ungkapan ringkas Remy Ishak yang popular menerusi lakonan di drama bersiri Nur Kasih. Tatkala Remy Ishak diajukan mengenai perhubungan cintanya dengan pelakon heroin beliau Tiz Zaqyah, sekarang. Ketika ditemui pada majlis Malam Gala Tayangan Media Filem 'Jiwa Taiko' di Cathay Cineleisure,e@Curve,Remy mengakui hubungannya dengan kekasih hati,Tiz Zaqyah kini semakin rapat walaupun sebelum ini ada yang khabar angin yang mengatakan hubungan mereka sudah putus. " Tidak dinafikan, selepas pelbagai kontroversi yang berlaku, perasaan cinta saya terhadap dia semakin mendalam, malah hubungan kami berdua semakin okay." ujar Remy Ishak yang juga merupakan hero di dalam filem Cun. Apabila ditanya mengenai perancangan lanjut mengenai hubungan cinta Remy dan Tiz, dia memberitahu, "Belum ada perancangan apa-apa lagi setakat ini. Kami berdua nak relaks dulu bagi memberi tumpuan terhadap karier seni masing-masing." Remy Ishak Semakin Cintakan Tiz Zaqyah, Respons10 Artikel Pilihan Ramai... |
You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan