Nuffnang

Sabtu, 16 Jun 2012

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


<b>Nubhan</b> Bercinta Dengan Gadis Tiong Hua?

Posted: 16 Jun 2012 03:19 AM PDT

KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Akademi Fantasia yang memiliki suara gemersik, Nubhan, dikatakan dalam diam sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang model jelita berbangsa Cina.

Blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, mendedahkan mengenai gosip yang melanda penyanyi berkulit cerah itu setelah menerima satu kiriman emel yang diterima mereka baru-baru ini bersama beberapa keping gambar Nubhan dan model tersebut.

Menurut emel tersebut, Nubhan yang fasih berbahasa Mandarin itu sering bertemu dengan model itu di sekitar Kuantan.

"Menurut pengirim e-mail, Nubhan kini sedang hangat bercinta dengan model Cina yang berlakon bersama dalam video muzik untuk lagu terbaru berjudul Picisan.

"Salah satu sebab mereka mula serasi adalah kerana kebolehan Nubhan bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan mereka bertemu di Kuantan, Pahang," tulis blog tersebut mengenai gosip yang terkandung di dalam emel peminat tersebut.

Model itu juga dikatakan selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur – Kuantan untuk memenuhi jemputan sebagai model dan mengambil peluang itu untuk bertemu Nubhan di sana.

Bagaimanapun, model yang terlibat sebagai "heroin" di dalam pembikinan video klip lagu terbaru Nubhan itu tidak dikenali identiti atau nama sebenarnya. – Mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Komen