Nuffnang

Ahad, 3 Jun 2012

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


<b>Kumpulan Hujan</b> Juara Versus | Blog Berita Online

Posted: 01 Jun 2012 10:18 PM PDT

Dengan undian sebanyak 50.6 peratus, kumpulan Hujan berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus, yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam semalam.

Memilih lagu Lamunan Terhenti sebagai pertaruhan untuk pentas akhir ini dan berentap dengan beberapa kumpulan lain yang hebat seperti Go Gerila dan Black & Parallax akhirnya membuahkan hasil apabila Hujan telah dipilih oleh penonton sebagai juara Versus selain membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000.

Tahniah kami ucapkan kepada Hujan, teruskan berkarya!

VERSUS: Hujan – Lamunan Terhenti

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

<b>Kumpulan Hujan</b> juara ROCKSTAR Versus, menangi 200k

Posted: 02 Jun 2012 09:04 AM PDT

KaU TeRCiPtA uNtUkKu: <b>Kumpulan Hujan</b> Juara Versus

Posted: 02 Jun 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM: Dengan undian sebanyak 50.6 peratus, kumpulan Hujan berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus, yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam Jumaat.Hujan telah mengalahkan kumpulan Go Gerila yang mendapat undian sebanyak. 49.6 peratus sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.
"Alhamdulillah, kemenangan ini hasil daripada usaha kami yang tidak henti-henti sejak menyertai Versus dari minggu pertama."Memang kami nak menang sebenarnya, tapi tak sangka memang ia benar-benar jadi realiti kerana sebelum ini markah undian daripada penonton tak tinggi berbanding kumpulan-kumpulan lain," kata vokalis Hujan, Noh, pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.
Pada konsert tersebut, terdapat dua segmen iaitu 'medley Mash-Up' dan persembahan lagu baru.Bagi medley 'Mash-Up', Hujan membawakan lagu Dan Bila Esok dan Lamunan Terhenti, Black and Parallax (Merisik Khabar dan Sekadar Di Pinggiran), Go Gerila! (Biso Bonar dan Curiga), Sofazr (Basikal dan Inilah Nasibku) dan 6ixth Sence (Warisan dan Fiona).
Manakala untuk lagu baru pula Hujan membawakan lagu Ke Selatan, Black and Parallax (Aku vs Kamu), Go Gerila (Hadiah), Sofazr (Berakhir) dan 6ixth Sence (Hossi).Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.
Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan seorang jurijemputan mingguan.Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.
Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.Konsert akhir Versus telah bersiaran langsung menerusi saluran TV9 itu akan diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan