kumpulan Sofaz - Google Blog Search |
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Sofaz</b> - Google Blog Search Posted: 26 Apr 2012 12:00 AM PDT
| ||||||||||||||||||||
PUTUS TUNANG PUNCA AREMEER, VOKALIS <b>KUMPULAN SOFAZ</b> Posted: 18 Mar 2012 09:00 PM PDT No of View :637 ![]() KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Sofazr, Aremeer mengakui pertunangannya yang terputus sebelum ini telah meninggalkan impak besar sehingga membuatkan fizikalnya semakin kurus. Penyanyi lagu Dan Bila Esok itu berkata, walaupun dia pernah memberitahu dia mahu menurunkan berat badan demi stamina sebagai penyanyi, Aremeer tidak menolak kekecewaannya akibat putus tunang turut memberikan perubahan drastik pada fizikalnya. "Seperti yang pernah saya beritahu, saya memang mengamalkan diet untuk turunkan berat badan daripada 74 kilogram kepada 59 kilogram kini. "Tapi saya tidak nafikan perasaan kecewa kerana putus tunang turut memberikan kesan pada kehidupan saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Ditanya mengenai pengganti, Aremeer berkata, susulan insiden itu, dia lebih selesa untuk bersendirian dan menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan, sebagaimana yang dinasihatkan ibunya. "Saya masih kekal solo dan belum berpunya sehingga kini. Ibu nasihatkan saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari teman wanita, biarkan saja dia datang sendiri. "Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan saya tidak terlalu memikirkan mengenai soal teman wanita," katanya. Menyentuh perkembangan kerjaya, Aremeer berkata kumpulan itu bakal kembali aktif pada tahun ini dengan lagu 'single' dan filem terbaru yang menunggu slot tayangan. ![]() |
You are subscribed to email updates from kumpulan Sofaz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan