Nuffnang

Selasa, 19 Jun 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


8 Jam, Serlah Sisi Aksi <b>Shaheizy Sam</b> |

Posted: 14 Jun 2012 07:00 PM PDT

Fuh. Abang Nara serius teruja melihat trailer filem 8 Jam nie. Aksi pergaduhan memang banyak gila. Paling best sebab Shaheizy Sam yang jadi watak utama. Kalau sebelum ini dalam filem Kongsi tak banyak sangat babak aksi, peminat Shaheizy Sam pasti puas dengan babak aksi dalam filem 8 Jam ini.

Sedikit sinopsis filem 8 Jam untuk tatapan anda:-

ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak — kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak — anak yatim.

Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan-rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.
Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa.

Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.

Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco — konco geng tersebut sering menghantui Alang.

Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem '8 JAM'.

Menarik kan? Tambah menarik bersempena dengan filem 8 JAM yang akan memulakan tayangan pada bulan Julai ini, Mejar David Teo sedang mengadakan satu pertandingan untuk anda semua di Facebook David Teo. Hadiah-hadiahnya sangat menarik. Ada Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Mini, iPod dan hadiah ekslusif untuk anda menangi.
filem 8 jam

Jangan lupa untuk menyertai peraduan ini di Facebook David Teo dan hantarkan penyertaan anda sebelum tarikh tutup pada 5 Julai ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan