Nuffnang

Ahad, 15 Julai 2012

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


.:: My Life & My Loves ::.: <b>Adi Putra</b> Hotlovers

Posted: 11 Jul 2012 08:00 PM PDT

kalo tk caya sila tgk gmbr dibawah:-p


just nk inform utk saper2 yg berminat 
14 julai 2012 (sabtu) @PWTC
bole la bg details kt email
menurut farra 150 org sudah register utk event sabtu ni
so saper2 yg rs nk jmpa  Adi Putra  secara dkt, bole la join
aku tk dpt join cz ada sport game opis
tp aku xsedih sgt cz aku dh pernah jmpa 2x
& dh dpt bergmbr ngan MR HOT:)


nk gk nyelit gmbr kenangan ngan MR Hot time promo BREEZE lastyear:)
tisya kalo nmpk  Adi Putra  berlakon sure die akan ckp....
"mama ...tu uncle yg kita jumpa kt carrefour:-p "

saper nk join drop email cpt ye:)

<b>Adi Putra</b> hotlovers | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 11 Jul 2012 08:58 PM PDT

BERTUAH sungguh pelakon Adi Putra, 31, kerana ramai wanita menyayanginya selain daripada isteri tercinta, Zuhaida Yusof, 37.

Wanita-wanita ini menggelar Adi atau Mohamed Hadi Putera itu sebagai hotlovers dan pada 14 Julai ini mereka akan bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.

Bila ditanya apa perasaannya kerana disayangi ramai terutamanya golongan wanita, sambil tersenyum hero filem Aku Terima Nikahnya berkata, dia bersyukur kerana mendapat perhatian.

Dia bukan kasanova atau pencinta wanita tapi menghargai golongan tersebut kerana banyak menyokongnya dalam industri lakonan.

"Saya sendiri terkejut apabila diberitahu ada kelab peminat yang diwujudkan o untuk saya. Selama ini tidak pernah terfikir pun untuk buat kelab peminat.

"Melalui kelab peminat hotlovers ini, baru saya tahu rupa-rupanya saya mempunyai peminat di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan sejauh London," katanya.

"Tanpa mereka, tidak mungkin saya boleh meneruskan perjuangan dalam bidang seni hingga kini.

"Sebagai tanda penghargaan untuk peminat yang tidak jemu menyokongnya, Adi akan memberikan satu persembahan istimewa untuk mereka pada majlis ulang tahun pertama hotlovers.

"Bagi saya peminat ibarat ahli keluarga dan pada hari berkenaan saya akan mendendangkan beberapa buah lagu yang pernah saya nyanyi untuk drama.

"Saya mahu majlis ulang tahun pertama kelab Adi Putra ini dirai secara santai agar saya dapat mendampingi setiap yang hadir," katanya terus terang.

Kelab peminat hotlovers ini katanya, berbeza dengan kelab peminat artis sedia ada.

"Saya tidak mahu kelab ini bergerak separuh jalan, biarlah ia berkekalan dan memberi menafaat kepada para ahli. Setakat ini belum dikenal pasti berapa jumlah sebenar peminat hotlovers ini kerana kelab ini bergerak menerusi Twitter sahaja.

"Biarpun tidak ada angka rasmi keahlian tapi saya tidak kisah kerana tidak mahu peminat terikat. Saya percaya selagi mereka menyokong, di mana sahaja berada mereka tetap sokong," katanya penuh yakin.

Bagi yang ingin menyertai majlis ulang tahun pertama kelab peminat Adi Putra bolehlah membuat tempahan di adphotlovers@gmail.com atau hubungi talian 010-7802240 / 017-3778531.

Bayaran RM120 dikenakan untuk setiap orang dan jika menempah satu meja (10 orang) bayaran hanya RM1,000.

Masih bahagia

Pernah menimbulkan kekecohan sebelum ini dengan cerita bakal bercerai dengan isteri tapi niat itu ditarik balik setelah perbincangan.

Malah Adi dan Zuhaida turut mengadakan sidang akhbar yang mengesahkan rumah tangga mereka masih utuh dan apa yang terjadi adalah satu pengajaran.

Adi sewaktu ditanya tentang perjalanan rumah tangganya berkata, sejak kekecohan itu, hubungannya dengan isteri semakin baik.

"Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar.

"Sepertimana pasangan suami isteri lain, kami meneruskan kehidupan seperti biasa. Lain-lain berserah kepada qada dan qadar," katanya.

Adi yang baru selesai penggambaran filem Isyarat Cinta bersama Liyana Jasmay dan Fizo Omar berkata, tahun ini dia bakal menyambut raya tanpa isteri.

Malah Adi tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk kali ketiga bagi menunaikan umrah.

"Kali ini saya pergi umrah tanpa isteri. Bukan tak nak bawa tapi dia tidak dapat ikut kerana cuti dah habis. Sebenarnya kami rancang untuk pergi berdua pada Februari tahun depan.

"Pemergian saya pada 6 Ogos ini bersama syarikat Zahafiz Travel & Tour. Saya tidak sabar untuk merasai suasana Ramadan dan beraya di sana. Sehari selepas raya, barulah saya kembali ke sini," jelasnya.

Tunggu PR

"Sekarang ini saya sedang menunggu pengesahan untuk mendapat status Penduduk Tetap (PR). Insya-Allah, saya telah mengikut semua peraturan dan menunggu kelulusan sahaja.

"Sudah 10 tahun saya dalam bidang seni dan sepanjang itulah saya banyak berada di sini. Malah isteri saya pun orang sini, mana mungkin saya tidak membuat permohonan," katanya terus terang.

Bagaimanapun kata Adi, selama ini pun dia tidak menghadapi masalah ketika berkarya kerana dia sentiasa mengikut segala peraturan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan