awi rafael - Google Blog Search |
:: MYARTIS.COM ::: ISU TATU - <b>AWI RAFAEL</b> BUANG CARA ISLAM Posted: 28 Jun 2012 04:22 PM PDT Sebelum gambarnya tersebar, Awi Rafael,26, mengakui bahawa dia sebenarnya sudah melakukan proses untuk membuang tatu menerusi rawatan islam. "Proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambar saya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini. Saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam," ujar Awi dipetik sebagai berkata. Bagaimanapun beliau mengakui bahawa proses pembuangan tatu itu memerlukan kos yang tinggi serta memakan masa. Untuk info, isu bertatu timbul apabila beberapa keping gambar lelaki bertatu yang didakwa sebagai Awi Rafael tersebar di alam maya. Lebih memburukkan keadaan, terselit juga gambar-gambar Awi dengan minuman keras serta memeluk wanita yang memakai pakaian menjolok mata. Bila diajukan soalan tersebut pada Awi sendiri, beliau akhirnya membuat pengakuan mengesahkan gambar lelaki bertatu tersebut adalah dirinya. Namun beliau juga mengakui bahawa benar-benar menyesal dengan perbuatan tersebut yang sebenarnya berlaku di zaman remaja. Ekoran pendedahan itu juga, katanya ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat untuk membuang tatunya. "Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar. "Alhamdulillahlah, sokongan mereka (peminat) membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya. "Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur," kata Awi yang mengakui masih banyak menerima undangan membuat persembahan. |
You are subscribed to email updates from awi rafael - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan