Nuffnang

Isnin, 16 Julai 2012

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Memey Suhaiza</b> hamil enam minggu

Posted: 28 Jun 2012 08:36 PM PDT

Aktres dan isteri kepada aktor Norman Hakim, Memey Suhaiza bakal menyambut kedatangan orang baru selepas disahkan hamil enam minggu.

Dipetik daripada sebuah portal majalah hiburan, Memey tidak percaya melihat keputusan positif selepas membuat ujian kehamilan di rumah.

"Saya ada membuat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas pulang dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.

"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik untuk pemeriksaan. Alhamdulillah, doktor mengesahkan saya hamil enam minggu," jelasnya.

Aktres ini yang dijangka bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun hadapan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang alahan buat masa ini.

"Setakat ini saya tiada sebarang alahan, cuma sejak beberapa hari kebelakangan ini saya terasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak."

Memey turut berkongsi bahawa suaminya gembira dengan berita tersebut tetapi pada masa yang sama risau kerana jadual kerjanya yang padat. Memey turut dinasihatkan doktor agar menjaga kandungannya kerana masih di peringkat awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan