Nuffnang

Isnin, 2 Julai 2012

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Cristina Suzanne Nafi Bercinta <b>Bront Palarae</b>

Posted: 20 Jun 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2012: Jika sebelum ini nama Cristina Suzanne sering disebut-sebut, kini bakat yang dicungkil daripada program Pilih Kasih musim kedua itu telah dilihat potensinya setelah mendapat tawaran membawakan watak penting dalam filem terbaru arahan Osman Ali iaitu Jwanita.

Namun begitu, dalam percaturannya mengorak langkah membina nama sebagai pelakon, dirinya telah terpalit dengan gosip yang mengaitkan dirinya dengan Bront Palarae.

Perkara ini disedari oleh peminat setelah melihat keintiman mereka berhubung di laman social Twitter.

Namun bagi Cristina Suzanne, dia menganggap perkara itu hanya sekadar assam garam dunia hiburan tetapi dia mengaku mereka memang berkawan.

"Kita semua manusia biasa, jadi saya tidak mahu terlalu melayan gosip hingga menjejaskan karjayasaya.

"Saya tidak peduli apa yang orang mahu katakan mengenai diri saya, jika tiada apa-apa, saya percaya mereka akan berhenti.

"Kami memang berkawan, tapi sekarang dia merupakan teman selebriti seperti saya sama kawan artis yang lain.

"Kami tidak pula ada mengucapkan perkara yang menimbulkan sebarang syak wasangka didalam Twitter.

"Lagipun Twitter adalah hak asasi semua orang, jadi selagi tiada apa-apa perkara menjelaskan seperti mana gosip yang sedang tersebar, saya memilih untuk tidak komen mengenai perkara ini," jelas Cristina Suzanne yang mengaku masih solo.

Mengenai watak Julaika iaitu adik kepada Jwanita, Cristina ternyata teruja dalam masa yang sama takut kerana ini merupakan pengalaman pertamanya beraksi dilayar perak.

Tambah pula berlakon di samping nama-nama besar memberikan dia perasaan yang bercampur baur.

"Bront dan Maya Karin pelakon yang pernah memenangi anugerah besar manakala saya baru hendak bermula.

"Takut juga dan dalam masa yang sama seronok. Kerana inilah kali pertama saya akan membawakan watak sebagai seorang ibu,"ulasnya mengenai watak Julaika.

Dia yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Osman Ali dan pernah menghadiri ujibakat, pernah berlakon dalam siri televisyen dan telemovie antaranya Bicara Hati dan Kasih Najihah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan