Sazzy Falak - Google Blog Search |
Inspirasi fesyen <b>Sazzy Falak</b> - Redlomo.com | Pencinta Merah | The <b>...</b> Posted: 26 May 2012 02:39 PM PDT Gemar bereksperimen serta minat yang mendalam dalam dunia fesyen telah memberi ilham dan keyakinan kepada pengacara dan pelakon popular, Sazzy Falak untuk menghasilkan koleksi pakaian jenamanya sendiri. Idea untuk mengeluarkan Street Fashion by Sazzy Falak (SF by SF) mula tercetus ketika pelakon berusia 31 tahun ini sedang mengandungkan puteri kembarnya, Imaan Lily dan Tiara Rose. Saya sudah lama mempunyai idea untuk memiliki jenama pakaian sendiri, cuma saya betul-betul memikirkannya ketika sedang hamil kerana ketika itu saya tidak terlalu sibuk. Tambahan pula suami menyokong idea saya kerana sedar bahawa saya cintakan fesyen, ujar Sazzy memulakan bicara. Ditanya mengapa tidak cuba membuka butik sendiri sebaliknya memilih untuk memasarkannya secara talian, Sazzy memberitahu itu adalah salah satu cara untuk peminatnya dari luar Kuala Lumpur mahu pun Malaysia boleh mendapatkannya. Memiliki butik sendiri memang hebat, tetapi ianya akan menyukarkan saya untuk mengawalnya serta tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak-anak. Generasi baru masa kini jarang keluar untuk membeli-belah kerana mereka gemar membeli apa yang disukai melalui talian. Saya juga begitu kerana ianya sangat mudah. Peminat saya dari luar Kuala Lumpur juga berpeluang memilikinya, ujar Sazzy yang menjadikan Nicole Richie, Sienna Miller dan Kate Moss sebagai idolanya. Sazzy turut memberitahu dia kini masih lagi dalam proses merancang serta menyiapkan laman sesawang dan jenamanya ini akan dilancarkan pada awal Julai. Tambahan pula pakaian rekaannya juga masih dalam produksi dan mengambil masa untuk disiapkan. Saya masih lagi dalam proses untuk menyiapkan semuanya sekurang-kurangnya sebelum bulan ramadan. Malah saya juga akan turut menghasilkan Ramadan street wear seperti kaftan yang digayakan secara ranggi, ujarnya lagi ketika ditemui di acara Celebrity Fitness Triathlon di Mid Valley Megamall baru-baru ini. Sebagai permulaan, SF by SF yang mengetengahkan konsep street fashion yang ringkas dan ranggi ini akan menawarkan pakaian hasil lakarannya sendiri serta aksesori seperti gelang, skaf dan sebagainya. Ia akan dijual dengan harga serendah RM60 sehingga RM120 dan pakaian eksklusif rekaan Sazzy pula akan dijual pada harga sekitar RM200. |
You are subscribed to email updates from Sazzy Falak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan