Erra Fazira - Google Blog Search |
CIK ROSE CUTE: Gosip Tentang <b>Erra Fazira</b> Posted: 07 Jul 2012 06:16 AM PDT Baru tadi aku baca kisah tentang gosip Erra Dan suaminya...Korang dah baca belum? Kalau korang belum baca jom! baca kat bawah....Aku tak tahu gosip nie betul ke tidak...Apa-apa pun doakan yg terbaik buat pasangan ini... Nampaknya desas desus tidak enak tentang rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran kembali ke status yang meragukan walaupun cuba dineutralkan sebelum ini. Kenyataan Engku Emran yang mengatakan hubungan mereka suami isteri masih kekal utuh nyata tidak dapat membantu meredakan spekulasi yang wujud hampir setahun ini. Murai semalam melaporkan yang Erra Fazira memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan yang seakan redha dengan apa pun yang terjadi selepas ini. "Apapun, sama ada jalan seorang ke 'kanan' dan seorang lagi ke 'kiri' yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami," ujar Erra Fazira. Engku Emran yang dihubungi wartawan Murai untuk mengulas kenyataan isterinya itu bagaimana pun enggan untuk berikan apa apa komen & kenyataan lanjut. "Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak," ujar Engku Emran ringkas. P/S: Sedih pulak aku baca kisah sebeginikan....huhuhu mungkin jalan terbaik buat mereka takpun gosip semata-mata...Kita tunggu jerlah.... |
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan