Nuffnang

Jumaat, 27 Julai 2012

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Bosan Dengan Watak &#39;Gedik&#39;? | BERITA TERBARU!

Posted: 27 Jun 2012 09:00 PM PDT

Pelakon yang pernah membintang 2 buah filem sebelum ini iaitu "Karak" dan yang terbaru "Hoore! Hoore!" mengakui bosan dengan watak perempuan menggoda dan gedik yang sering diberikan kepadanya.

Merasakan tidak yakin dengan masa depan dalam industri hiburan, Kilafairy bersama kakaknya, Shakira Idora telah mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan fesyen dengan membuka butik pakaian sendiri yang diberi nama "Rack".

Ikuti temubual bersama Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jahangir Khan, mengenai perjalanan karier seninya dan juga butik pakaian yang baru sahaja dilancarkan 13 Jun yang lalu.

Kilafairy ada menyebut bosan dengan watak gedik? Boleh komen sedikit mengenai perkara tersebut. 
Bukan bosan sebenarnya tetapi kalau boleh saya mahu diberikan watak yang lain daripada watak yang pernah saya lakonkan seperti watak gedik dan menggoda. Kalau boleh saya ingin watak gadis kampung yang lurus seperti kita lihat di kaca televisyen.

Kalau dahulu hanya bergelar pelakon dan penyanyi, kini ahli perniagaan pula, boleh ceritakan dengan lebih lanjut mengenai butik baru anda bersama kakak anda, Shakira Idora? 
Butik kami diberi nama"Rack", pada mulanya mama (Rohana Jalil) yang membeli lot kedai ini namun tidak dijalankan kerana sebelum dikenali sebagai The 19 City Mall, pusat membeli belah ini dikenali sebagai Digital Mall yang menjual peralatan digital seperti komputer dan barangan elektronik yang lain. Selepas bertukar pengurusan, pusat membeli-belah ini telah bertukar dan menjadi pusat menjual baju dan peralatan rumah yang lain. Bermula dari situlah saya dan kakak dengan dorongan dari ibu bapa telah membuka butik ini. Kami menjual pakaian wanita terkini dan khusus untuk remaja yang gemarkan fesyen. Untuk perancangan seterusnya, saya dan kakak akan melancarkan barangan khas untuk lelaki. Buat masa ini saya fokus dengan barangan wanita dahulu.

Apakah konsep bagi butik "Rack" ? 
Konsep yang kami ketengahkan adalah fesyen Ready-To-Wear. Dimana kebanyakkan baju yang kami jual adalah dari luar negara seperti London dan Australia. Kami pastikan baju yang dijual adalah mengikut citarasa muda-mudi sekarang dengan harga yang berpatutan. Kebanyakkan baju yang dijual adalah terdiri dari 2 identiti berbeza dimana terdapat fesyen rock & roll yang melambangkan identiti kakak saya, manakala fesyen elegen pula melambangkan identiti Kila sendiri yang gemarkan kasut tumit tinggi.

Ada tak di antara barangan yang dijual diilham sendiri oleh Kilafairy? 
Ada, kasut yang dijual ada diantaranya direka khas oleh saya sendiri. Disebabkan sukar untuk mencari kasut tinggi yang pelbagai, saya mengambil inisiatif ini untuk mereka sendiri kasut dan menjualnya kepada peminat kasut tinggi. Ada juga baju yang diubah gayanya oleh saya dan kakak. Saya ubah agar menjadi lebih cantik.

Mungkin boleh ceritakan dimana datangnya nama "Rack"? 
Kami adik beradik memang sukakan fantasi seperti "Barbie" dan juga "Little Mermaid". Oleh sebab itu kami bersepakat mengambil nama "Rack" yang bermaksud tanduk rusa sebagai simbol rasmi butik kami. Ianya seperti melambangkan 2 cabang dimana lelaki dan perempuan boleh selari dalam berfesyen.

Bagaimana pula dengan harga pakaian yang dijual di butik ini? 
Harga yang kami jual agak berpatutan dimana boleh dimilik dengan harga bermula dari RM100 hingga ke RM 500 ringgit untuk barang yang berkualiti dan rare.

Apa perkembangan terbaru Kilafairy dalam bidang nyanyian pula? 
Saya bakal riliskan lagu berjudul "Pasti" di dalam bahasa Malaysia dan Inggeris. Digubah sepenuhnya oleh Amylea AF3. Buat masa sekarang, saya sedang dalam proses merakam video klip untuk lagu baru ini. Diharap dengan kemunculan lagu solo ini nanti akan mendapat respon yang baik dari peminat dan pendengar yang pernah saya terima diwaktu munculnya lagu duet saya berjudul "Roman".

Terima Kasih Kilafairy dan semoga sukses dengan apa yang anda ceburi! 
Sama-sama dan jumpa lagi nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan