Aliff Aziz - Google Blog Search |
Anne Ngasri Rahsia Punca Putus Cinta <b>Aliff Aziz</b> Posted: 23 Sep 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2012: "Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami," jawab ringkas Anne Ngasri. Dramatis itu dihubungi portal Murai untuk bertanyakan ulasan mengenai hubungannya bersama penyanyi dari Singapura Aliff Aiziz yang kini telah pun menjadi bekas kekasihnya. Anne yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya yang kini telah berakhir turut meminta untuk merahsiakan punca perpisahan mereka. "Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja," jawabnya ringkas dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi. Dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari ini, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi. Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak awal tahun lalu dan sejak itu kisah hubungan cinta mereka selalu sahaja mendapat tumpuan ramai media dan peminat. |
Gambar: Darling Nasihat Terus Berkawan, <b>Aliff Aziz</b> Belum Tetap <b>...</b> Posted: 10 Sep 2012 05:41 AM PDT Melihat kemesraan pasangan ini ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran stesyen radio ERA fm, memang sudah sampai masa mereka berkahwin. Namun Aliff Aziz yang di'temui berkata perkahwinan bukan satu perkara remeh temeh & boleh di'buat main main — segalanya perlu di'sediakan secukupnya. Menjawab gossip yang mengatakan beliau akan nikahi Anne Ngasri hujung tahun ini, Aliff Aziz berkata masih tiada sebarang tarikh di'tetapkan sehingga ke hari ini. "Tetapi, saya memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik baik untuk hubungan ini supaya boleh pergi ke satu tahap seterusnya seperti kami impikan," ujar Aliff Aziz. Kakak Anne Ngasri, Darling Ngasri berkata kepada mStar Online yang beliau berpendapat yang adik beliau dan Aliff Aziz lebih sesuai untuk terus bersahabat dan saling mengenali. "Saya sebagai seorang kakak melihat hubungan mereka lebih sesuai sebagai sahabat dan tidak lebih daripada itu dan adalah lebih baik mereka memberi fokus kepada kerjaya sendiri" |
You are subscribed to email updates from Aliff Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan