Nuffnang

Selasa, 25 September 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> bakal hoskan rancangan Talk Show Primadona

Posted: 18 Sep 2012 09:14 AM PDT


BAKAT lakonan yang dimiliki bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira sememangnya dikagumi peminat seni tempatan. Malah, Erra juga berjaya memikat hati peminatnya dengan suaranya yang gemersik menerusi lagu popularnya seperti Pasrah dan Jendela Hati. 

 Pun begitu, selain menyanyi dan berlakon, Erra juga sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan selepas berjaya menjadi hos dalam beberapa buah program TV sebelum ini.

 Erra boleh diklasifikasikan sebagai artis wanita cantik yang telah membuktikan bahawa kejayaan yang dimiliki yang bukan bersandarkan pada wajah saja.

 Bakat Erra dalam bidang pengacaraan akan diteruskan lagi apabila dia bakal muncul dengan sebuah program bual bicara dalam masa terdekat ini.

 Dengarnya, menerusi program yang diberi nama Primadona itu nanti, Erra akan menyelami hati wanita dan mengorek rahsia beberapa lelaki terkenal tentang isu melibatkan wanita. Wah, kelas gitu.

 Lebih menarik lagi, Erra tidak keseorang dalam program tersebut kerana Raja Azura, Ziela Jalil dan Rozita Che Wan akan turut sama bergandingan dengan Erra selaku hos. Sungguhpun waktu tayangan program berkenaan belum diketahui, tetapi program yang dijadualkan berdurasi selama sejam itu akan disiarkan di Astro Warna.

 Merisik lebih dalam lagi, idea untuk menerbitkan rancangan ini timbul berikutan kejayaan rancangan raya khas Erra yang telah disiarkan baru-baru ini. Kalau tidak silap, nama rancangan itu adalah Eh, Eh, Raya Erra. 

Yang menariknya, penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dikhabarkan antara tetamu yang bakal dijemput oleh program ini. Jika benarlah perkhabaran ini, bagaimana agaknya aksi si Apex apabila di apit oleh empat wanita cantik yang berstatus ibu ini.

 Apapun, diucapkan syabas buat Erra. Walaupun hatinya diguris dengan gosip rumahtangga goyang, rezeki tetap memihak kepadanya.

Petua Cantik <b>Erra Fazira</b>

Posted: 09 Sep 2012 02:45 AM PDT

Menurut selebriti Erra Fazira, dia benar-benar percaya dengan apa yang dikatakan mendiang Estee Lauder, "Anda hanya mempunyai satu wajah, maka jagalah ia".

Sebaik saja anda sudah berumur, sukar untuk mengubah hakikat bahawa wajah anda turut merasai kesannya. Oleh itu, mengambil langkah mencegah lebih baik daripada mengubati adalah cara paling bijak dalam menangani masalah ini.

Lagipun, kulit yang sihat adalah kunci kepada diri kelihatan lebih muda serta cantik.

Selain daripada mementingkan rejim penjagaan kulit wajahnya, Erra juga mengamalkan beberapa cara bagi membantu memastikan dia kelihatan muda dan bertenaga sentiasa.

CANTIK CARA ERRA FAZIRA

* Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Selain daripada menggunakan krim pelindung cahaya matahari, Erra sentiasa memakai pakaian pelindung. Contohnya, ketika memandu dia akan memakai jaket lengan panjang untuk menutup tangannya. Dia juga tidak pernah keluar meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di sekeliling mata.

* Jangan lupa bahagian leher, tangan dan dada serta bahu yang terdedah. Saya selalu menggunakan produk yang sama pada wajah di semua bahagian ini. Selain itu, krim tangan harus sentiasa ada di dalam beg bagi memudahkan saya mengekalkan kelembapan serta kelembutan tangan.

* Berlembut dengan kulit anda, Apabila menyolek pada bahagian mata, saya tidak pernah menarik kelopak mata kerana ia akan menyebabkan kekenduran kulit dari semasa ke semasa jika kerap dilakukan. Kadang-kadang, saya elak minum menggunakan penyedut minuman kerana ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.


* Manjakan diri anda dengan melakukan rawatan kulit wajah. Saya pergi melakukan aktiviti ini di Pusat Kecantikan Kulit Estee Lauder sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kulit kerana proses pembersihan menyeluruh seperti pengelupasan dapat dilakukan oleh pakar terapi bertauliah menggunakan peralatan khusus yang tidak kita punyai di rumah.

* Amalkan diet sihat. Apa yang anda makan kadang-kadang boleh `muncul' pada bahagian kulit. Jika anda makan makanan terlalu berminyak, kemungkinan besar, masalah jerawat akan menyerang kulit. Atas sebab itu, saya selalu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C serta anti oksidan membantu menyingkirkan radikal bebas. Contohnya, salad Romaine, brokoli, bayam, tomato, epal dan buah beri.

* Kekal aktif. Saya cuba meluangkan masa untuk bermain badminton sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dengan menjadi aktif, ia membantu menggalakkan peredaran darah, badan lebih cergas dan pada masa sama, lebih bertenaga.

* Cukup tidur. Jadual saya amat padat tetapi saya akan cuba pastikan sekurang-kurangnya dapat tidur selama lapan jam sehari. Kulit mengalami proses pembaikan secara sendiri pada waktu malam dan jika rutin tidur secukupnya diabaikan, kulit anda akan menunjukkan tanda-tanda tidak diingini.

* Minum air secukupnya. Kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari untuk kegunaan bahagian badan tertentu termasuk sel-sel kulit. Air membantu mengekalkan kulit terhidrat dari dalam. Masalah kekurangan air sering membawa kepada penipisan kulit yang akhirnya akan menyebabkan garis-garis halus serta kedutan muncul. Oleh itu, saya selalu minum dua gelas air pada waktu makan, satu sebelum dan satu selepas makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan