Diana Amir - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Diana Amir</b> Sudah Bertunang! - Gua.com.my Posted: 21 Sep 2012 07:50 PM PDT Tahniah buat Diana Amir atas pertunangannya! Berita gembira ini telah dikongsikan secara eksklusif melalui segmen Terjah dalam rancangan Galaksi malam tadi.
Menurut Diana, bukan niatnya hendak merahsiakan atau menafikan pertunangannya.
"Perkara tersebut perkara yang baik, cuma kita tak tahu sama ada berkahwin atau tidak dan saya tak mahu susahkan orang lain. Baik kita fikirkan lebih jauh lagi. Kita dah terikat pada perjanjian dan saya perlu cuba memahkotakan janji ini sebaik mungkin kerana kita manusia biasa dan kita tak mahu menyusahkan sesiapa.
"Saya minta maaf jika ada menyinggung perasaan sesiapa dalam apa jua cara. Dan saya harap semua akan faham dengan apa yang saya lakukan sebagai seorang manusia, ialah untuk kebaikan semua orang sebenarnya dan bukan untuk kebaikan saya sendiri.
"Kita tidak hebahkan tentang pertunangan kerana tak perlu sebenarnya. Ia bukan perkara wajib untuk dihebahkan. Jika perkara wajib, dah berkahwin, kenapa tak hebahkan perkara yang baik? Cuma sekarang ini, benda tak pasti lagi. Tak adalah malu kalau benda yang dirancang tak menjadi. Jika benda itu dah pasti, baru kita hebahkan."
Jelas Diana lagi, tunangnya bukan seorang ustaz seperti yang dikhabarkan sebelum ini (sebaliknya yang GUA dengar, dia seorang pensyarah). Turut dikongsinya, dia mencari calon suami yang bijak dan boleh membimbing dirinya. |
(TAHNIAH)<b>Diana Amir</b> Sudah Bertunang | Posted: 21 Sep 2012 10:02 AM PDT Walaupun sedaya upaya cuba merahsiakan pertunangannya, rancangan Galaksi TV9 semalam berjaya mendapatkan pengakuan Diana Amir tentang berita gembira tersebut. Diana Amir mengesahkan yang dirinya sudah pun bergelar tunangan orang. Lelaki yang berjaya mencuri hati Diana Amir itu ialah seorang Tahniah diucapkan kepada Diana Amir atas berita gembira ini. Diana Amir pun mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang mengucapkan tahniah kepada dirinya menerusi Twitter. Walaupun Abang Nara pasti ada hati jejaka di luar sana yang berkecai, doakanlah kebahagiaan mereka. Semoga majlis pernikahan kelak akan dilangsungkan secepat mungkin. Diana Amir pun khabarnya memang sudah tidak sabar lagi menjadi isteri orang. Abang Nara doakan agar semuanya akan berjalan lancar. Tahniah sekali lagi. P.S: Majlis perkahwinan Puteri Sultan Brunei. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Diana Amir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan