Nuffnang

Ahad, 30 September 2012

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


surat untuk buku – LIMELIGHT-<b>FAIZAL HUSSEIN</b> « surat2aku

Posted: 27 Jun 2012 08:07 AM PDT

Depan Laptop adik

Kuala Lumpur

Assalamualaikum buat yang membaca,

Surat ini aku tujukan kepada buku LIMELIGHT-FAIZAL HUSSEIN. Sudah agak lama tidak utus surat pada buku, maka kali ini surat ke-empat buat buku. Ok sebelum itu ingin aku jelaskan disini, segala surat untuk buku adalah atas semangat aku untuk berkongsi apa yang aku baca. Tiga buku terawal itu sebenarnya ditulis kerana ada yang menyuruh untuk buat review. Aku mana lah reti review-review buku ini. Sebab asas penulisan itu sendiri aku tiada. Jadinya, segala apa yang aku tulis ini adalah hasil pengamatan dan penghadaman aku terhadap buku itu sendiri.

Aku mula tahu kehadiran buku ini dalam twitter, akaun pekin. Beliau pada awalnya mempromosi buku beliau sendiri, yakni memoir bukan memoir. Yang mana aku tidaklah membelinya. Dan buku LIMELIGHT-FAIZAL HUSSEIN ini juga dipromosikan oleh pekin. Dan mereka berdua melancarkan buku mereka pada acara KLAB(Kuala Lumpur Alternative Bookfest). Aku tertarik kepada apa yang ingin disampaikan Faizal Hussein dalam buku beliau, yakni sistem korap dalam industri perfileman. Kerana itu yang ditekankan. Iyelah, sekarang ini ramai pula artis yang mahu masuk arena politik maka aku ingin melihat apa yang cuba Faizal Hussein sampaikan. Dan beliau jujur. Ternyata, beliau tidak langsung menulis perihal politik yang menjadi asas segala kebenaran industri perfileman itu sendiri

Sekali lagi aku ingin beritahu buku ini jujur, ok kejap. Penulisan dalam buku ini ada ejaan salah, ada dalam satu perenggan yang sama mula guna kata "aku" kemudian berakhir dengan "saya", itu je kot? Member aku cakap dia upah ghostwriter? Semua itu aku persetankan kerana apa? Kerana Faizal Hussein adalah pelakon, bukan penulis yang betul2 mahu menulis. Beliau mahu berkongsi susah payah, jatuh bangkit beliau dalam industri. Ok kenapa aku cakap buku ini jujur? Sebab mula2 lagi dia dah kutuk keadaan sekeliling di negeri Melaka. Kalau orang2 Melaka buat rusuhan, angkat sepanduk, buat senaman yang memalukan depan rumah beliau itu aku tak tahulah. Haha! Kerana beliau sangat berani petik satu persatu persatu persatu nama yang beliau tak puas hati. Bukan tak puas hati, Cuma rasa kurang senang dengan tindak tanduk mereka. Didalam buku ini menceritakan pasal keluarga Hussein Abu Hassan, yang mana memang mereka hidup mati dalam industri. Walaupun datang dari keluarga seni, peluang itu tidak datang bergolek. Sedangkan mak Faizal juga dimarahi oleh ayahnya sewaktu pengambaran filem, inikan pula dia….memang kena herdik la kalau salah lakonan.

Sikap profesionalisme yang diamalkan oleh Faizal Hussein telah melahirkan beliau sebagai sosok yang berontak dalam industri. Sikap berontak itu juga membuatkan beliau dan teman seangkatannya berjuang mempertahankan hak melawan kelompok pemodal(penerbit yang untuk 200%). Sekali lagi aku tulis, Faizal Hussein bukan penulis tapi beliau sedaya upaya ingin menceritakan apa yang beliau lalui. Membaca LIMELIGHT membuka mata aku yang industri ini dibanjiri dengan sikap individualistik, jarang ada semangat tolong menolong bantu membantu melainkan kerana mahukan sesuatu kesenangan diri sendiri. Ke tak? Eh entah. Aku bukan orang filem. Dalam LIMELIGHT juga Faizal Hussein senaraikan beberapa filem yang menaikkan nama beliau. Dan bagi aku itu sekadar pengulangan apa yang telah beliau tulis, Cuma 'cerita disebalik' itu sebagai tambahan. Aku habiskan buku ini kurang dari dua jam kerana gaya penulisan yang ringan tapi pedas. Kerana apa? Semuanya disebut dan ditibai….haha rosyam noor. Ada juga nama yang ingin disebut tapi tak kesampaian, pelakon yang menjadi DOMINAN buat masa ini. Harga seseorang pelakon diletak mengikut aras pelakon DOMINAN itu, mengikut pemahaman yang aku bacalah. Ok artis yang DOMINAN sekarang siapa lagi kalau bukan SAM. Kata FAIZAL HUSSEIN, kalau pelakon utama letak harga dia nak bayaran 10ribu(berubah2 ikut keadaan) maka pelakon pembantu lain2nya akan dapat rendah sikit dari itu. Kalau pelakon utama letak harga 20ribu, bayangkan pelakon pembantu dapat berapa? Dan kalau pelakon utama letak 5ribu?(Rosyam Noor pernah buat, dan ini Faizal Hussein tak puas hati) bayangkanlah pelakon pembantu dapat berapa?. Tapi Rosyam Noor otak penerbit kata Faizal Hussein, hanya pelakon faham hati pelakon. Dan kira semualah kena dengan tembakan tanpa henti dalam buku LIMELIGHT ini. Aku dapat rasakan harapan yang sangat tinggi oleh FAIZAL HUSSEIN dalam industri ini, kata2 beliau "aku mahukan aktor2 profesional lahir di negara Malaysia ini".

Akhir kata, buku ini memang tepat keluar disaat industri filem dilambakkan dengan filem lawak,hantu dan perempuan. Walaupun perlu ada yang berfikiran jauh kedepan, itupun kena ikut keadaan juga seperti yang terjadi pada Nasir Jani kata Faizal Hussein. Semoga teguran FAIZAL HUSSEIN ini dibaca oleh pelakon2 yang tangkap muat saja(berlakon sebab untuk suka2). Tapi aku tak pasti, mereka ini membaca ke? Kalau membaca, beli tak buku LIMELIGHT ini? Aku mencadangkan FAIZAL HUSSEIN bagi percuma pada setiap produksi….haha! panas2. Pendek kata, kita kaya dengan pelawak,pelakon,pendrama dan segala 'pen' lain tapi kita miskin dengan PELAKON SEBENAR.

p/s: mula minat dengan XX RAY, kemudian siri drama Semangat Waja di RTM. Siapa boleh lupakan tendangan tanpa bayang…hihi.

Yang belum kena LIMELIGHT

perewa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan