Nuffnang

Ahad, 30 September 2012

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Ayu Videl | <b>Najwa Latif</b> Versi Indonesia

Posted: 16 Aug 2012 12:42 AM PDT

Najwa Latif memang sudah popular di Malaysia sekarang ni. Hasil muat naik rakaman cover lagu-lagu di YouTube, pemilik nama Imratul Najwa binti Abdul Latif ini kini bergelar seorang artis cilik yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu yang sangat berprestij di negara ini.
Tetapi hari ni aku bukan nak bercerita mengenai Najwa Latif, sebab dah banyak kot entri post pasal dia dalam blog ni tetapi untuk kali ni aku nak memperkenalkan seorang lagi bakat yang muncul menerusi YouTube iaitu Ayu Videl, seorang youtuber daripada Indonesia.
Seperti Najwa Latif juga, Ayu Videl memuat naik video cover lagu di YouTube dengan imej seorang muslimah bertudung. Cuma bezanya populariti Ayu Videl tidak lah seperti Najwa Latif yang berjaya mengumpulkan jutaan peminat di seluruh dunia, terutamanya dalam kalangan YouTubers dan Vlogger.

Walaubagaimanapun, Ayu Videl masih lagi boleh dikatakan klon Najwa Latif di Indonesia kerana beliau pernah menyanyikan cover lagu Price Tag oleh Jessie J, yang juga pernah dicover oleh Najwa Latif sendiri. Jom kita tengok video cover daripada kedua-dua mereka ini;
Macam mana? Bagi anda sebagai pendengar, siapa yang korang rasa lebih baik dan best? Hehehe.. Kalau nak jawab, kotak komen ada.. kalau tak nak jawab, simpan dalam hati pun boleh. Seeloknya elakkan pergaduhan sebabnya aku confirm mesti ada nanti yang timbulkan isu kenegaraan.
Harap takde lah ye, sebab kita sekarang tengah bercakap mengenai isu muzik, so jangan bertindak membabi buta. Siapa melampau, akan di banned.. Hehehe, sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Komen