Nuffnang

Ahad, 30 September 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Review Filem Halimunan l Lakonan <b>Fizo Omar</b> & Trailer | Pen Merah

Posted: 12 Sep 2012 08:58 PM PDT

Salam..

 Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Sekian lama aku menyepi dengan review filem, akhirnya aku pergi jugak untuk Pratonton Filem Halimunan di Sunway Pyramid baru – baru ini. Kalau bersandarkan pada tajuk korang mesti rasa alaaaa jalan cerita kompem cliche tapi kali nih hasil buah tangan abang Hashim Rejab memang lain dari yang lain. Pengisian pun takde nampak kosong malah diolah dengan lebih seronok. Macam mana tu? Meh baca review aku dulu ek. 

Sinopsis Halimunan

 Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Halimmunan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik. Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai 'halimunan' dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai tuduhan itu. Sebagai ibu, Munah yakin dengan Halim.

Untuk membersihkan namanya, Halim bertemu seorang bomoh iaitu Wak Mali. Ucapan salam diucapkan dan selepas Wak Mali menjawab salam tu, Wak Mali kebingungan kerana tidak nampak sesiapa memberi salam padanya. Halim menjadi 'halimunan' selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum sempat halim datang menyerahkan separuh kain sebagai syarat 'dapat ilmu', dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.

Bagaimanapun, halim sebenarnya dah tersalah ambil kain kafan menyebabkan dia sentiasa halimunan. Pada masa sama, penduduk kampung mencarinya kerana halim dituduh menyamar menjadi pocong dan mengacau penduduk kampung. Apakah yang berlaku seterusnya kepada Halim. Mampukah dia membersihkan namanya dan keluarga yang sudah tercemar? Adakah Halim akan berubah sikapnya yang suka berangan itu? Semua jawapan ada dalam Halimmunan.

 Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Barisan pelakon yang membintangi Halimmunan ialah Fizo Omar (Halim), Gbob sebagai Puyu, Fiza (Suriati), Zul Suphia'an (Ajak), Wan Hanafi Su sebagai Wak Mali,Syuk (Kumpulan Balas Raja Lawak) – Piwi dan Fendi (Balas – Kimi).

Trailer:

Review Filem Halimunan;

Filem Halimunan ni merupakan  filem pertama RR Empire Sdn Bhd yang mana sebelum ni mengendalikan perniagaan restoran masakan Nigeria di Mantin dan studio 'jamming' muzik di Taipan Senawang, Negeri Sembilan. Kalau korang tercari – cari filem yang boleh buat korang rasa santai tapi kelakar dan seram yang amat, Halimunan ni patut menjadi pilihan.

Tengok pada tajuk mesti rasa alaaaa macam takde idea jek tapi Filem Halimunan ni bukanlah filem kosong dan hanya sekadar filem ringan untuk menambahkan koleksi filem kat Malaysia. Setiap kali filem Hashim Rejab keluar mesti aku mengharapkan sesuatu kelainan  dan yup apa yang aku harapkan memang betul. Ecehh, kena mintak abang Hashim Rejab belanja lebih ni. Hikhik.

hi 01.2 Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Filem Halimunan ni menelan belanja yang agak besar dan menggunakan teknik CGI supaya Halim tu nampak real Halimunan. Ehh betul ker ayat aku tu? Banyak part yang aku suka sebenarnya tapi paling aku tersentuh setiap kali masuk watak Ibu Halim yang menunggu anak dia dengan sabar. Masuk jek dialog Ibu Halim, mesti aku tersentuh and ada a few part yang buat aku nak menangis. Biasanya aku payah benor nak tersentuh bila tengok filem melayu tapi kali ni penghayatan Fizo dan Khatijah Tan mendalam kot tu yang mudah tersentuh.

Korang kenal Gbob Raja Lawak? Ekceli aku ni bukanlah pengikut setia rancangan Raja Lawak and tahu pun masa nampak dia muncul kat pratonton baru – baru ni. Aku tak pernah tengok lawak dia dan bila tengok lakonan Gbob dalam filem Halimunan, memang lawak dia lebih neutral tak seperti sesetengah pelawak yang nampak macam memaksa diri untuk buat orang gelak. Bagi aku, Gbob ni antara pelawak yang boleh pergi jauh. Pelakon baru biasanya susah nak puaskan hati penonton tapi dengan Gbob, aku rasa mesti ramai yang suka nanti. Ecehhh, pandai jek. Heeee.

 Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Intan Ladyana? Kalau ada hero mestilah ada heroin dia tapi dalam Filem Halimunan ni scene Intan Ladyana tak banyak but aku suka dengan lakonan beliau. Bersahaja tapi comel eh sweet? Awwww semua pon boleh sebab scene Intan kali ni menyerikan lagi plot filem Halimunan tapi kalau lebih banyak scene mesti lagi best.

Kalau korang suka Filem seram tapi lawak haaaaa Wajib tengok sebab ada banyak scene yang hampir nak buat aku menjerit tapi terbantut sebab gelak besar. Macam mana tu? Kenalah pergi tengok ye dak? Tapikan walaupun seram Halimunan kali ni buat aku tak berapa nak jadi penakot sangat lepas ni sebab nampak macam lawak bila tengok pocong tu. Nampak real tapi watak tu kelakar gila. Heeee..

Rating: 4.8/5 bintang

Gambar Sekitar Preview

538865 284548884980156 2090240530 n Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Bersama yana yassin sebelum masuk ke dalam hall wayang ^_^

488272 284548948313483 1171045096 n Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Peacee ^_^ .. Heee nampak aku pendek pulak.. Hikhik

217850 284549034980141 1394909721 n Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Bersama  Gbob Raja Lawak

523346 284549108313467 612938527 n Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Gambar ni mahal sebab ada signature Intan Ladyana kat gift dari RR Empire. Time kasih RR Empire sebab bagi gift macam ni jadi dapatlaa aku simpan buat kenangan letak kat ruang tamu. Haaa bila orang datang mesti  tengok ada signature artis dan gift filem yang aku pergi. Walaupun tak dapat trofi dapat gift macam ni pun cantik sangat dah. Hikhik.

375843 284549151646796 615281027 n Review Filem Halimunan l Lakonan Fizo Omar & Trailer

Tuuu dia abang Hashim Rejab yang keep low profile walaupun filem dia selalu jek mendapat sambutan. Harap – harap lepas ni dia kenal la aku ni yang antara jutaan peminat filem dia. Hikhik.

P/s: Filem Halimunan dah pun ditayangkan hari ni 13 September 2012 dan jangan lupa menonton sebab tiket korang beli mesti tak sia – sia punyalahhhhhhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan