Aida Aris - Google Blog Search |
Pernikahan <b>Aida Aris</b> pada 4 September 2010 Posted: 31 Aug 2010 11:00 PM PDT Pelakon, Aida Aris, 38, akan menamatkan zaman jandanya pada Sabtu ini (4/9) apabila memilih duda anak dua, Husfarid Shaikh Ali, 38, sebagai bakal suaminya. Kata Aida, majlis akad nikah akan berlangsung pukul 10 pagi di Taman Sera Ukay, Ampang, manakala jamuan ringkas diadakan hari sama pada waktu berbuka puasa. Aida dan Husfarid saling berkenalan sejak Mac lalu menerusi rakan baiknya yang juga pelakon, Sharifah Haslinda dan suami, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Majlis merisik Aida (bekas kekasih Zul Handy Black) diadakan di rumahnya sebelum 1 Ramadan lalu. Perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Aida selepas bercerai dengan pengarah dan pelakon, Bob Azrai pada 2005, manakala Husfarid yang juga Ketua Pramugara MAS menjadi bapa tunggal sejak tiga tahun lalu. -Utusan |
You are subscribed to email updates from Aida Aris - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan