Remy Ishak - Google Blog Search |
<b>Remy Ishak</b> Akui Berpisah, Tiz Zaqyah Enggan Komen - Gua.com.my Posted: 23 Sep 2012 02:04 AM PDT Gambar: Arkib GUA Selepas sekian lama membiarkan peminat berspekulasi, lebih-lebih lagi ekoran tulisannya di Twitter pada 20 Sept lalu yang berbunyi, "The relationship was gone a long time ago, i haven't been involved with anything and everything. "the best way to end the relationship is to burn the bridge.. glad i did it. No turning back. "Kita patut bersyukur dengan pengalaman pahit yg tuhan berikan. Jgn sesekali menyesal, itu adalah pelajaran." Hari ini, melalui akhbar Kosmo!, Remy Ishak mengiyakan khabar berita bahawa hubungannya dengan Tiz Zaqyah sudah menemui penghujungnya selepas tiga tahun bersama. Kongsinya kepada wartawan Kosmo, dia tampil membuat kenyataan "agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar." Jelas teraju utama filem 29 Februari itu, status mereka sebagai kekasih berakhir tiga bulan lalu. Meskipun sedih, namun dia akur yang dia "harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya." "Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen." Dia juga lantas menidakkan punca perpisahan itu disebabkan kehadiran orang ketiga. Sebaliknya menegaskan mereka "putus secara baik" dan "tiada siapa yang salah atau siapa betul" di dalam hal ini." Tiz enggan komen Katanya kepada Kosmo!, dia sudah penat berulang kali diasak dengan persoalan yang sama. Memilih untuk "tidak mahu komen hal peribadi", dia juga enggan memberi respon terhadap tulisan Remy di Twitter. Mengenai isu orang ketiga, jawab Tiz, "Mengarutlah, tiada orang ketiga." |
You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan