Nuffnang

Rabu, 3 Oktober 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Okay, Bukan Serangan Sakit Jantung - Gua.com.my

Posted: 30 Sep 2012 12:14 AM PDT

Gambar: Arkib GUA

Aliff Aziz, yang telah dikejarkan ke hospital pagi tadi selepas mengadu sakit dada, kini sedang berehat di rumah setelah dilepaskan pihak doktor.

Menurut pengurusnya, Adlina dari syarikat rakaman Sony Music Malaysia yang dihubungi sebentar tadi, penyanyi muda itu dijadualkan membuat persembahan sempena PJ Half Marathon 2012 anjuran Star Publications apabila mengadu sakit dada.

"Masa saya ambil dia di rumah, dia okay. Boleh gelak-gelak. Tapi bila kami sampai di 'venue', dia mengadu sakit dada, tak boleh nafas," katanya.

Aliff dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar.

"Doktor kata dia sesak nafas bukannya diserang sakit jantung. Doktor mengesyaki mungkin dia tak cukup tidur. Dia kena buat rawatan susulan esok.

"Ini kali pertama ia berlaku. Doktor nasihatkan dia untuk banyak berehat."

Selepas persembahannya di PJ Half Marathon, Aliff sepatutnya terbang ke Singapura untuk menjalani sesi latihan di Esplanade untuk sebuah persembahan pada 12 Oktober ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan