Dina nazir - Google Blog Search |
Mia Sara Berehat Berlakon Untuk Fokus Pada Peperiksaan Posted: 03 Oct 2012 07:20 AM PDT Mia Sara Berehat Berlakon Untuk Fokus Pada Peperiksaan | MENJADI pelajar paling popular di sekolah, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 7, tidak pernah melahirkan rasa benci selalu dikelilingi oleh rakan-rakan di sekolahnya. Malah, barang-barang Mia turut diambil oleh rakan-rakannya kerana terlalu menyukai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-24 menerusi filem "Sekali Lagi" itu. "Pernah satu tahap dia dikelilingi ramai rakan sekolahnya ketika waktu rehat, tetapi dia tidak kisah dan boleh makan seperti biasa," ujar bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh ketika ditemui pada majlis sambutan hari ulang tahun Mia yang ketujuh di restoran pizza dan pasta Italiannies, pusat beli-belah Paradigm, Kelana Jaya, Selangor Ahad lepas. Mia yang berada di samping bapanya itu hanya mengangguk dan memberitahu, antara barang-barang yang diambil terdiri daripada pensel dan pemadam miliknya. Ditanya berapakah belanja yang dibekalkan bapanya setiap kali pergi ke sekolah, kata Mia, dia akan memperoleh sebanyak RM10 atau RM20 sehari, tetapi menasihatinya agar menggunakan hanya RM2 sahaja untuk berbelanja.
Bercerita mengenai jadual seni Mia, ungkap Ridhuan, buat masa ini Mia terpaksa berehat daripada berlakon kerana ingin fokus pada peperiksaan penggal akhir yang akan bermula pada 8 Oktober ini.
Tidak mengabaikan pelajaran anaknya, menurut Ridhuan, dia akan memastikan Mia turut berjaya dalam pelajaran selain berjaya dalam bidang lakonan.
Tidak hanya memantau pelajaran anaknya, Ridhuan juga akan mengupah tutor untuk datang ke rumah mengajar Mia bagi mata pelajaran yang lemah. Ditanya apakah mata pelajaran yang paling Mia suka, kata Ridhuan, Mia paling menyukai Matematik. Ridhuan turut ditanya mengenai pembabitan Mia yang kini dilihat kurang muncul dalam iklan komersial. Ulas Ridhuan, dia terpaksa selektif memilih kerana kebanyakan iklan memerlukan Mia pergi melakukan uji bakat.
Gembira menyambut hari ulang tahun yang ketujuh, pelakon dan juga model iklan itu mengakui ingin meraikannya dalam keadaan meriah setiap tahun. Sempena sambutan hari ulang tahunnya pada hari itu, Mia juga berkesempatan membuat pizzanya sendiri.
Mengakui gembira ramai rakannya hadir pada majlis sambutan hari ulang tahunnya, Mia juga berasa teruja kerana artis kesayangannya iaitu Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU turut hadir. Malah, pelakon cilik yang memang kerap berganding dengan Lisa dalam banyak filem dan drama itu turut menerima hadiah berupa barangan Zara daripada Lisa. Selain Lisa, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Melissa Saila, Shaheizy Sam dan juga Dina Nazir Nadzir hadir pada sambutan hari lahir Mia. Ditanya apakah hadiah yang paling disukai Mia selain daripada hadiah Lisa, ujarnya, dia sangat menyukai hadiah daripada Iqram dan Fouziah yang memberinya seutas rantai emas putih. Begitu juga hadiah pemberian Dina iaitu iPod.. Ditebak soalan mengenai kelakuan Mia yang kini dikhabarkan semakin sombong dan lebih selektif melayan orang yang ingin menemubualnya, ujar Ridhuan, Mia bukan sombong, cuma sebagai seorang kanak-kanak dia tidak diam setempat dan mungkin tidak selesa jika dipanggil tanpa ahli keluarganya berada bersamanya. "Memang sikap dia macam itu (lari-lari ketika dipanggil). Dia hanya dengar bila saya atau ahli keluarga yang lain panggil," bidas Ridhuan mengenai sikap Mia yang dikatakan sudah berubah. Mengulas mengenai masa depan Mia, tutur Ridhuan, dia tidak terfikir Mia akan berlakon selama-lamanya dan sudah membuat perancangan untuk anaknya itu. Berkesempatan menemu bual ibu Mia, Rafidah Abd. Hamid, dia memberitahu, memanggil Mia dengan panggilan manja iaitu Pupon kerana sejak lahir lagi wajah Mia seperti anak Jepun. Mempunyai darah campuran Cina pada sebelah bekas suami dan juga dirinya, jelas Rafidah, walaupun Mia kini berada di bawah jagaan bapanya selepas mereka bercerai, tetapi dia akan memastikan untuk menghubungi Mia setiap hari selain bertemu anaknya sebulan sekali.
Berkongsi rahsia ketika mengandungkan Mia, Rafidah memberitahu, dia sangat suka minum susu dan makan ikan. Selain itu, dia juga selalu berbual dengan Mia dan memberinya mendengar muzik menggunakan fon kepala. Ditanya apakah perubahan terbesar Mia selepas menjadi artis, ungkap Rafidah, Mia tidak menunjukkan perubahan ketara kerana sebelum menjadi artis dia juga sering mendapat perhatian setiap kali keluar daripada rumah. Ditanya adakah anaknya pernah mengadu penat berlakon, cerita Rafidah, pernah juga Mia mengadu kepadanya penat berlakon, tetapi dia juga mengakui sangat seronok menceburi bidang tersebut. Mengulas mengenai pembabitan Mia dalam bidang seni, ujar Rafidah, kalau ikutkan dia tidak berapa suka Mia berlakon kerana kasihan dengan anaknya yang sering kelihatan penat, tetapi dia juga tidak menjangkakan peluang yang anaknya peroleh dalam bidang seni begitu mudah. |
You are subscribed to email updates from Dina nazir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan