Nuffnang

Ahad, 21 Oktober 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> | EH!

Posted: 16 Oct 2012 09:16 PM PDT

main Aliff Aziz

Bermula dengan trak Sayang Sayang dari Kota Singa dia datang memperdagangkan bakat seni buat peminat muzik kota metropolitan Kuala Lumpur. Biar baru berusia 21 tahun pejam celik sudah tiga album rakaman dihasilkan bersama Sony Music Malaysia. Dan yang terbaru bait lirik "Liking-liking poking-poking.." menerusi melodi Jangan Ganggu Pacarku kembali menghangatkan namanya di corong frekuensi radio tempatan. EH! membawa anda mengenal lebih dekat pemilik nama Muhammad Alif bin Aziz ini.

MENGAPA MEMILIH BIDANG NYANYIAN PADA AWALNYA?
Bidang nyanyian sudah sebati sejak kecil. Mungkin kerana dibesarkan dalam keluarga yang meminati muzik membuatkan minat sudah dipupuk dari awal lagi. Tahun 2007 menjadi titik tolak kerjaya nyanyian secara profesional ketika menjuarai program realiti di Singapura iaitu Anugerah.

APA YANG ANDA MAHUKAN DALAM HIDUP?
Jika ditanya sekarang, saya hanya mahu melakukan yang terbaik buat kedua ibu bapa saya yang banyak berkorban menjadikan siapa diri saya sekarang.

MEMBESAR DENGAN MUZIK YANG BAGAIMANA?
R&B Pop dan juga slow rock. Kumpulan AXL antara yang paling saya minati dan sudah menghafal lagu mereka sejak berusia tujuh tahun lagi. Selain itu saya turut mendengar Usher dan mengagumi kejayaan Justin Bieber.

PENERBIT ATAU KOMPOSER YANG ANDA KAGUMI?
Panji Sakti! komposer berasal Indonesia inilah yang bertanggungjawab dalam menaikkan nama Aliff Aziz di sini.

MUZIK ANDA DAN ALIF SATAR BERLEGAR PADA GENRE YANG SAMA. TAK TAKUT ORANG KELIRU?
Bagi saya peminat sekarang sudah bijak dalam menilai muzik. Persamaan yang ada mungkin secara kebetulan namun secara peribadi saya melihat kami berdua punya kekuatan sendiri baik dari segi nyanyian juga cara persembahan.

LELAKI OBSES GROOMING PADA PANDANGAN ANDA?
Bagi saya tidak salah untuk lelaki hari ini menitik beratkan penjagaan diri. Selain membuatkan kami lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri ia juga salah satu cara menunjukkan personaliti sebenar seseorang.

RUTIN GROOMING ANDA?
Penjagaan kulit amat penting buat saya. Selain memastikan wajah dicuci mengikut masa saya juga akan sentiasa membawa wax bagi memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi.

OBSESI TERKINI?
Oh, jangan terkejut, saya amat mengagumi kejayaan Aaron Aziz! Setiap lakonannya akan saya tonton.

CARA TERBAIK WANITA MENDEKATI ANDA?
Yang senang tersenyum serta punya sense of humor!

CERITA ANDA DENGAN ANNE NGASRI
Drama Antara Kita menemukan kami. Ya, saya akui kami berada dalam sebuah perhubungan yang cukup istimewa sekarang. Apa yang penting dia juga berjaya menawan hati keluarga saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan