Nuffnang

Ahad, 21 Oktober 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: Single terbaru <b>Elly Mazlein</b> tidak <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 02:00 AM PDT

Setelah tujuh tahun tidak muncul dengan album, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein kini bakal muncul dengan single terbarunya yang berjudul "Sabarlah Hati" pada hujung tahun ini.

Menurut Elly, lagu berentak balada ciptaan Manusia Putih ini menceritakan tentang seorang wanita yang mengharapkan sebuah cinta yang kekal namun jodohnya terkandas di pertengahan jalan.

Apabila ditanya sama ada lagu tersebut ditujukan kepada sesiapa, Elly berkata, lirik lagu tersebut bukan bertujuan untuk ditujukan kepada mana-mana pihak, tetapi ia hanyalah sebuah mesej yang memberikan harapan agar semua orang tidak berdepan dengan situasi sedemikian.

"Sebab kita perempuan, jadi kita hendakkan sebuah kebahagiaan. Kadang-kadang kita suka berkongsi dengan orang tanpa memberitahu perkara yang sebenar. Saya harap lagu ini boleh sampai ke hati peminat yang mendengarnya," katanya yang ditemui di majlis pelancaran treler filem "Awan Dania The Movie" di Skypark, Terminal Subang semalam.

Ketiadaan cincin di jari manisnya telah menimbulkan persoalan mengenai status pertunangannya dengan pengarah filem, Azmi Hatta.

Elly yang diminta mengulas mengenai status pertunangannya itu segera menafikan hubungan mereka semakin pudar dan menjelaskan bahawa dia terlupa untuk menyarungkan cincin kerana tergesa-gesa bersiap untuk hadir ke majlis.

"Iya, memang sudah setahun lebih kami bertunang tetapi masih belum membuat keputusan untuk berkahwin lagi. Jika kami sudah tentukan bila kami akan berkahwin, saya pasti akan beritahu. Memang dari dulu lagi saya kurang bercakap tentang tunang saya dan saya lebih suka bercerita tentang karier saya," ujarnya lagi.

"Sekarang ni, kahwin pada usia lanjut pun tiada masalah. Apa-apa keputusan biarlah ikut kata hati. Keputusan yang dibuat semata-mata untuk ikut kata hati orang lain memang tak elok dibuat." 

Dalam perkembangan lain, Elly kini sedang sibuk dengan promosi filem terbarunya, "Awan Dania The Movie" yang mana beliau memegang watak sebagai Tania, seorang pramugari. 

Pada masa sama, Elly turut sibuk dengan single terbarunya dan turut bakal muncul dalam teledrama "Mimpi Cindirella" dan "Rubiah".

<b>Elly Mazlein</b> Tidak Mahu Komen Status Tunang | OHBULAN!

Posted: 21 Oct 2012 08:02 PM PDT

Mengikut perancangan, akter manis Elly Mazlein dikatakan bakal disatukan dengan pasangannnya yang juga seorang pengarah filem, Azmi Hatta pada Februari lalu. Akan tetapi, disebabkan kesibukan jadual kerja, tarikh tersebut telah ditunda sehingga Disember tahun depan.

Menurut laporan Kosmo Online hari ini, Elly Mazlein ketika ditemuai pada majlis pelancaran trailer 'Awan Dania The Movie' baru-baru ini difahamkan tidak lagi memakai cincin pertunangannya dan apabila diajukan soalan mengenai status hubungannya dengan Azmi Hatta, aktress ini hanya mampu berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen.

"Saya tidak mahu beri sebarang komen, lebih selesa berdiam diri. Saya harap semua faham kerana hal ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Bagi saya sesuatu yang normal tidak semestinya orang yang bertunang mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, ada yang berkahwin pun bercerai juga," katanya dalam nada berkias.

Disamping itu, aktres ini turut akui bahawa keluarga sangat memahami dan tidak memaksa dirinya untuk berkahwin dalam kadar segera.

"Memang saya sangat bersyukur kerana keluarga amat memahami saya. Mereka tidak pernah paksa saya untuk lakukan sesuatu perkara, sama juga halnya dengan perkahwinan."

"Faktor usia tidak membuatkan saya mahu segera berkahwin. Buat apa saya ikut kata orang dan puaskan hati pihak lain sedangkan diri sendiri yang merana. Saya jenis orang yang ikut kata hati," tegas Elly Mazlein.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan