Didie Alias - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Teruja Bawa Rakan Artis & Peminat <b>...</b> Posted: 18 Oct 2012 09:17 AM PDT Pelakon, pengacara serta pelawak popular, Didie Alias mengakui teruja apabila dapat membawa 12 rakan artis ke beberapa destinasi percutian menarik di seluruh dunia bermula Disember ini. Bukan itu saja, program kolaborasi Didie's Entertainment & Management dengan syarikat pelancongan Arlief Event & Management ini juga turut menawarkan pakej istimewa kepada peminat seni tanah air apabila mereka juga berpeluang untuk sama-sama meluangkan masa melancong bersama artis kesayangan mereka. "Saya rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Arlief Event & Management untuk menjadi artis jemputan bagi program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Arlief kerana dalam ramai-ramai artis yang ada, mereka telah memberi peluang ini kepada saya. "Saya ingin mencerminkan sebuah konsep melancong yang berbeza di mana peminat atau sesiapa saja yang menyertainya akan merasai pengalaman tersendiri dengan kenangan melancong yang paling menyeronokkan," ujar Didie ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran program tersebut di Menara KL, petang Khamis. Sebelum ini, Arlief Event & Management pernah menganjurkan program percutian bersama penyanyi terkenal, Awie ke Beijing dan Mongolia. Atas kejayaan program tersebut juga, syarikat pelancongan yang sudah beroperasi selama dua tahun ini sekali lagi terpanggil untuk melibatkan artis bagi setiap program percutian kelolaan mereka. "Selepas membawa Awie bersama peminatnya bercuti ke Beijing dan Mongolia, kami tertarik untuk melibatkan selebriti tanah air dalam program kami sekali lagi kerana kami percaya dengan kehadiran mereka, peminat lebih teruja untuk pergi bercuti. Bila program sebegini diadakan, percutian mereka akan lebih seronok kerana selain melawat tempat-tempat menarik, mereka juga turut berpeluang mengenali dengan lebih rapat artis kesayangan mereka," ujar Pengarah Arlief Event & Management, Mohd Alif Haziq Azman sambil memberitahu Didie merupakan calon yang sesuai untuk program percutian syarikat mereka. "Pemilihan Didie dibuat atas dasar karakter, personaliti serta profil seninya yang begitu baik di mana kami yakin Didie mampu memeriahkan lagi percutian pelanggan kami. Malah, karakter lucu serta lincahnya juga sesuai dengan kelainan program yang akan kami bawa kali ini di mana selain melancong, kami juga akan turut menjalankan aktiviti menarik di mana pelbagai hadiah termasuk wang tunai akan ditawarkan kepada peminat yang mengikuti pakej percutian kami." 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' akan membawa peminat meneroka pelbagai destinasi menarik di dalam serta luar negara antaranya Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Pangkor, Korea, Phuket, Krabi, China, Egypt, Morocco, Spain dan Hong Kong. Antara artis yang bakal terlibat dalam program percutian ini ialah Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Hafiz Suip, Elfira Loy, Johan As'ari, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' ini akan bermula pada Disember ini di mana peminat akan dibawa menaiki kapal peranginan ke Phuket dan Krabi, diikuti ke Beijing, China (25-30 Januari 2013) dan seterusnya Cairo Egypt (21 -26 Februari 2012). Maklumat lanjut mengenai pakej percutian bersama Didie Alias & D'Geng ini boleh didapati menerusi laman web www.arlief.com atau emel ke info@arlief.com. Anda juga boleh terus menghubungi talian 03-6142 8072 untuk sebarang pertanyaan lanjut. |
<b>Didie Alias</b> Ajak Peminat Panjat Tembok Besar China - Gua.com.my Posted: 18 Oct 2012 09:27 AM PDT Selepas kejayaan menganjurkan program percutian bersama Awie ke Beijing dan Mongolia, syarikat pelacongan, Arlief Event & Management (AEM) kini tampil dengan sebuah lagi program percutian menarik iaitu 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'. Menerusi program ini, peminat bukan saja berpeluang melancong bersama pelakon, pengacara serta pelawak terkenal, Didie Alias, malah mereka juga berpeluang untuk bercuti bersama beberapa selebriti popular tanah air ke pelbagai destinasi menarik di dalam serta luar negara. Bermula Disember ini, AEM akan membawa peminat melayari Phuket dan Krabi bersama Didie dan juga penyanyi, Black. Pelayaran selama 4 hari 3 malam ini pasti menyeronokkan di mana peminat akan dibawa bersiar-siar ke beberapa lokasi menarik di Phuket antaranya Wat Chalong, Patong Beach dan Prompthep Cafe View Point. Selain itu, peminat juga berpeluang untuk melakukan aktiviti menyelam di empat pulau cantik di Krabi iaitu Posa Island, Tub Island, Chicken Island dan Phranang Island. Pakej pelayaran yang ditawarkan hanya berharga RM1800. Manakala pada 25 hingga 30 Januari 2013, 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' akan membawa peminat melancong ke Beijing, China selama 6 hari 5 malam. Percutian ini pasti membawa satu pengalaman yang baru kepada peminat di mana waktu itu adalah pada musim sejuk. Selain bermain salji, peminat juga akan dibawa ke tempat-tempat menarik di sana termasuklah tempat wajib, Tembok Besar China. Lebih mengujakan, AEM turut mengadakan acara lasak di mana peminat dikehendaki untuk memanjat tembok besar itu sejauh 1 kilometer sekaligus memenangi hadiah menarik yang ditawarkan. "Mereka yang menjadi johan untuk pendakian Tembok Besar China akan berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM5000 serta pakej percutian ke Cairo untuk seorang. Tempat kedua pula memenangi RM3000 serta pakej bulan madu ke Langkawi manakala ketiga akan menerima RM2000. "Inilah antara kelainan yang cuba dibawa oleh AEM. Selain melancong, peminat juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dari pihak AEM. Kami juga akan menganjurkan majlis makan malam, majlis anugerah, cabutan bertuah serta pelbagai lagi aktiviti menarik kepada mereka yang mengikuti pakej pelancongan kami," ujar Pengarah Arlief Event & Management, Mohd Alif Haziq Azman. Bagi Didie pula, "Berpeluang melancong ke Beijing, China adalah satu perkara yang dinanti-nantikan apatah lagi ini kali pertama saya akan merasai pengalaman pada musim sejuk. Selain dapat main salji, saya juga teruja untuk memanjat tembok besar di situ. Saya berminat untuk terlibat dalam program ini kerana kelainan yang dibawa oleh AEM dalam program percutian mereka. Selain melancong dan memenangi hadiah menarik, peminat juga dapat bercuti bersama artis kesayangan mereka. "Saya rasa bertuah kerana dipilih oleh AEM sebagai artis jemputan kerana peluang ini juga dapat digunakan oleh saya untuk bercuti bersama keluarga memandangkan sebelum ini saya tidak mempunyai masa kerana terikat dengan jadual seni yang agak padat. Saya anggap tawaran ini adalah rezeki buat saya dan keluarga," ujar Didie mengakui tidak ingat kali terakhir beliau bercuti bersama keluarga. Percutian selama 6 hari 5 malam ini akan membawa anda melawat ke beberapa tempat-tempat menarik seperti Great Pyramids of Cheops, Sphinx, Pompey's Pillar, Alexandria Library, English Mountain, Egyptian Museum dan banyak lagi. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program, 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng', anda boleh melayari www.arlief.com atau menghubungi talian 03-6142 8072 untuk maklumat lanjut. |
You are subscribed to email updates from Didie Alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan