Nuffnang

Selasa, 23 Oktober 2012

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Bunkface</b> Terokai Teknologi Baru - Gua.com.my

Posted: 22 Oct 2012 09:02 AM PDT

Bunkface yang terdiri daripada tiga anak muda berbakat besar iaitu Sam, Paan dan Youk berkongsi dengan Gua mengenai pelancaran album mereka pada 8 November ini. Album tersebut sudah dilancarkan pada bulan Julai lalu namun ada sedikit kelainan yang ingin ditonjolkan khas untuk para peminat.

Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album tersebut iaitu Dunia telah diubahsuai klip videonya menggunakan aplikasi 'augmented reality' yang merupakan salah satu teknologi baru yang boleh digabungkan di dalam sesebuah penceritaan.

"Kelainan yang kami cuba tonjolkan selari dengan arus teknologi masa kini dengan idea yang lebih kreatif dan inovatif. Kami mengharapkan para peminat akan tertarik dengan usaha baru kami bagi menghasilkan album yang lain dari yang lain," kata Paan selaku pemain gitar Bunkface.

Bunkface merupakan salah satu kumpulan tempatan yang turut terlibat mengegarkan pentas Rockaway di Helipad, Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini. Persembahan bertenaga dalam menyampaikan enam buah lagu berjaya memuaskan hati para peminat yang datang.

Walaupun dijadualkan untuk beraksi pada 2.30 petang, namun mereka tidak menganggap tiada isu yang perlu dibangkitkan kerana mereka berpendapat yang kebanyakan kumpulan yang dijadualkan untuk membuat persembahan pada sebelah malam lebih kepada metal rock.

"Ini merupakan kali kedua kami beraksi untuk Rockaway dan merasakan cukup teruja dengan sambutan para peminat yang cukup memberangsangkan. 'Crowd' yang turut sama menyanyi memberikan kami lebih semangat untuk memberikan yang terbaik," ujar Paan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan