Nuffnang

Selasa, 23 Oktober 2012

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


<b>Vanidah</b> Tegas Tidak Jatuh Talak – Isu Filem Untuk 3 Hari

Posted: 23 Sep 2012 11:21 PM PDT

Vanidah Tegas Tidak Jatuh Talak – Isu Filem Untuk 3 Hari : Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Vanidah Tegas Tidak Jatuh Talak – Isu Filem Untuk 3 Hari

Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah yang dihubungi wartawan berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya.

Info Artis @ foblogger.net

Connect Facebook

5.0

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

<b>Vanidah Imran</b> Tegaskan Tiada Talak Yang &#39;Jatuh&#39; | OHBULAN!

Posted: 23 Sep 2012 11:26 PM PDT

Kecoh seharian dengan berita mengenai dialog diantara Vanidah Imran dan Rashidi Ishak didalam filem "Untuk Tiga Hari". Timbul pelbagai spekulasi mengatakan bahawa terdapat dialog lafaz cerai didalam filem "Untuk Tiga Hari" yang diucapkan oleh Rashidi kepada Vanidah.

Dialog yang diungkapkan oleh Rashidi sebagai Zafrin kepada Vanidah sebagai Ujie dalam filem tersebut berbunyi,

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai."

Dialog ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan,

Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga. – dipetik dari Utusan Online.

Persoalannya, jatuhkah lafaz cerai didalam dialog ini? Menurut laporan mStar Online, Vanidah menjelaskan tidak ada talak yang 'jatuh' didalam filem ini meskipun dia dan suaminya berlakon bersama.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri." – Vanidah Imran.

Vanidah turut memberitahu bahawa sebagai pelakon dan juga bergelar pasangan selebriti, dia sedar tentang hukum-hakam Islam.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku."

Vanidah  berpendapat bahawa ulasan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak hanyalah ulasannya sebagai pihak ketiga tanpa menonton filem tersebut.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain. Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,"

Untuk yang tidak tahu apakah maksud kahwin mut'ah ataupun nikah mut'ah, anda boleh rujuk di wikipedia, Nikah Mut'ah.

Anda boleh dengar dialog yang menjadi bualan ini dalam trailer filem "Untuk Tiga Hari". Jom!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan