Nuffnang

Selasa, 23 Oktober 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Lawak Bukan Kampung-Kampung – <b>Zizan Razak</b> | OHBULAN!

Posted: 22 Oct 2012 05:05 PM PDT

Pelawak, pelakon dan pengacara popular, Zizan Razak, bersyukur setelah lawaknya semakin diterima orang ramai. Dari segi pembawakan idea dan jalan penceritaanya, Zizan dilihat semaking matang seiring dengan populariti yang dikecapinya.

Jika dahulu, lawak dikategorikan sebagai kampung-kampung, kini fenomena lawak sejak dimartabatkan melalui program realiti Raja Lawak terbitan Astro menganjak taraf hiburan jenis ini ke satu paras yang lebih tinggi. Semasa ditemubual, Zizan berkongsi tahap penerimaan orang di luar negara tentang selebriti humor yang bertaraf dunia seperti Russell Peters & Jimmy Kimmel.

 "Di luar negara, mereka hormat semua pelawak kerana mereka tahu bagaimana seorang pelawak berfikir dan mengkaji sebelum membuat lawak. Lawak bukan seperti menyanyi dan menari, lawak dilakukan secara spontan dan berbeza-beza."

Namun, tak semua lawak yang dilakukan akan mencuit hati penonton. Bagi Zizan, dia perlu mencari input yang menarik bagi membolehkan orang ramai ketawa dengan lawak jenaka yang dilakukan.

Tambah Zizan, "Saya perlu mencari sesuatu yang berkualiti untuk membuat lawak, bila tak ada kualiti itu, ianya mendatangkan tekanan kepada diri saya dalam nak menghiburkan hati orang ramai. Bagi saya, bila ada idea, saya tak akan tertekan."

Apa-apa pun, Zizan turut memberitahu bahawa input, bahasa, pakaian, dan isu merupakan peranan penting dalam lawak yang hendak dipersembahkan.

Zizan turut melahirkan rasa bangga dengan pencalonan yang diterima untuk beberapa majlis anugerah sebelum ini. Baginya, pencalonan itu membuktikan penerimaan orang ramai terhadap lawak yang semakin memberansangkan, sedikit sebanyak menaikkan semangatnya untuk bekerja keras.

 "Tercalon dalam anugerah ini dah cukup membanggakan. Kerana bagi saya, dengan tercalonnya dalam anugerah, saya tahu tahap lawak yang saya bawa diterima oleh orang ramai. Bila org nak lagi, saya rasa semakin bertenaga untuk bekerja dengan lebih kuat. Lebih-lebih lagi kalau saya dapat anugerah, ianya membuatkan saya untuk berusaha lebih keras."

Menurut Zizan, amat susah untuk bertahan di dunia hiburan apabila lahir menerusi pentas "mee segera"atau lebih sinonim dengan pentas undian. Jadi, dia perlu mencari jalan untuk bertahan di dunia hiburan dengan memuaskan hati semua orang.

Sementara itu, Zizan yang dicalonkan dalam Anugerah "Shout Award" akan berada di lokasi rasmi Surf Beach, Sunway Lagoon pada 23 November 2012 jam 8.30.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan