Nuffnang

Khamis, 11 Oktober 2012

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Opss Media | Berita | Hiburan | Sukan | Pelbagai: <b>Dayang Nurfaizah</b> <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 02:05 AM PDT

Dayang Nurfaizah Terima Anugerah Kebesaran Sarawak

Siapa tidak kenal dengan Dayang Nurfaizah Awang Dowty. Seorang penyanyi yang kita tak mampu untuk menidakkan kredibilti juga kemampuan vokalnya yang mantap. Lagu-lagunya seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Dayang Sayang Kamu, Sedingin Mana Cintamu, Erti Hidup dan Kembalilah Sayang antara yang menjadi siulan ramai. Biarpun Dayang agak kurang dilihat menerima publisiti baik di depan kaca TV mahupun di akhbar dan majalah, tapi itulah kelebihan anak kelahiran Kuching Sarawak ini. Punya kelas tersendiri dan eksklusif!

Dan ini satu berita baik yang kami ingin kongsikan mengenai penyanyi kesayangan ramai ini. Dikhabarkan Dayang merupakan salah seorang penerima anugerah pingat kebesaran Sarawak. Tahniah kami ucapkan!  Menurut pengurusnya, Sharina yang dihubungi sebentar tadi, penganugerahan tersebut sempena ulangtahun kelahiran yang ke-91, TYT Yang Dipertua Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Dayang menerima Darjah Amat Mulia Bintang Sarawak (Ahli Bintang Sarawak-ABS).

"Ya, Dayang baru saja menerima anugerah Darjah Amat Mulia Bintang Sarawak (Ahli Bintang Sarawak - ABS), pada minggu lepas", kata Sharina ringkas.

Dalam perkembangan lain, Dayang kini sedang menghabiskan cuti rayanya dan dia bakal melancarkan album istimewa - album live yang memuatkan persembahannya bersama Anuar Zain ketika mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sekitar Mei lalu.

Terjah lagi, artikel yang menarik : Anugerah Kebesaran, Dayang Nurfaizah, Hiburan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan