Nuffnang

Rabu, 17 Oktober 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


(TAHNIAH)Farid Kamil Dan <b>Diana Danielle</b> Nikah 3 November Ini |

Posted: 15 Oct 2012 07:17 AM PDT

Wow. Memang sungguh tak disangka. Sebentar tadi di majlis tayangan filem PE3, Farid Kamil telah mengumumkan yang Diana Danielle dan dirinya akan bernikah pada 3 November 2012 ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini.
diana danielle farid kamil
Untuk makluman, mereka berdua baru sahaja bertunang pada 1 September yang lepas. Farid Kamil telah memberi kenyataan di bawah kepada portal Murai:-

Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami

Perkara baik sebegini sememangnya harus dicepatkan. Hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum Diana Danielle bergelar isteri kepada Farid Kamil. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancarnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bakal pengantin ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


21 November: Kebahagiaan Berganda Buat <b>Diana Danielle</b>

Posted: 16 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER 2012: Aktor kacak, Farid Kamil akui memilih tarikh keramat 21 November ini untuk mengadakan majlis persandingannya bersama Diana Danielle bagi meraikan hari kelahiran aktres berkenaan.

Namun begitu, mereka terlebih dahulu akan diijabkabulkan di Hotel Flaminggo pada 3 November ini.

"Semasa kami bertunang lagi, kedua-dua keluarga sudah merancang dan bersetuju untuk mengadakan hari pernikahan kami pada 3 November ini.

"Kemudian kami memilih untuk mengadakan hari persandingan kami di sebelah pihak perempuan pada 21 November ini serentak dengan hari kelahiran Dee (DianaDanielle). Jadi ia akan menjadi hari bahagia berganda buat Dee.

"Namun majlis bagi sebelah pihak saya pula akan diadakan di Kedah pada Disember ini. Bagaimanapun tarikh masih belum ditetapkan lagi," katanya selepas majlis tayangan media filem Pe3, di TGV Sunway Pyramid, malam semalam.

Pelakon dan pengarah filem Kongsi itu, telah mengumumkan secara terbuka dan rasmi tarikh perkahwinannya ketika majlis tayangan media filem Pe3, malam semalam.

Meskipun persiapan sudah dilakukan sedikit demi sedikit, namun Farid Kamil memberitahu dia berdebar-debar menanti hari ikatan sebenar bersama Diana.

"Persiapan sudah mula dilakukan sedikit demi seidkit. Sudah pasti Dee yang banyak menguruskan hal perkahwinan kami.

"Baju nikah kami reka sendiri dan akan disimpan sebagai sejarah terbesar untuk kami berdua.

"Dee juga merancang untuk mengadakan majlis kahwin yang sederhana tetapi berbeza daripada perkahwinan biasa. Nantikan saja.

"Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Saya sangat berdebar-debar menanti hari bersejarah kami berdua," luahnya lagi.

Farid dan Diana Danielle Danny Beeson, 21, telah mengikat tali pertunangan mereka secara senyap-senyap pada 1 September lalu di kediaman Diana di Damansara, setelah tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan