Nuffnang

Rabu, 17 Oktober 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Saya Bersyukur Kerana Kebenaran Telah Terbukti – <b>Rita Rudaini</b> |

Posted: 25 Sep 2012 04:50 AM PDT

Hari ini ialah hari yang amat gembira untuk insan yang bernama Rita Rudaini. Setelah begitu lama menghabiskan masa di mahkamah untuk kes penjagaan anaknya bersama Aidil, hari ini mahkamah telah membatalkan permohonan suaminya itu. Mahkamah telah memutuskan yang Aidil gagal mendapatkan hak penjagaan (hadanah) terhadap 2 orang anak mereka.

rita rudaini menang

Rita Rudaini melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah atas kemenangan ini yang sekaligus membuktikan dirinya berada di pihak yang benar. Rita turut berkata yang dirinya tidak pernah membuat salah dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan. Kata Rita kepada Sinar Harian:-

Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti. Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali. Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah.

Semoga dengan kemenangan ini kehidupan Rita akan lebih selesa, gembira dan selamat di samping anak-anak tercinta. Amin ~~

P.S: Air ketum dijadikan lagu.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan