Erra Fazira - Google Blog Search |
<b>Erra Fazira</b> Yakin Lisa Surihani Mampu Ganti Tempatnya Posted: 06 Sep 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Yunos Photography KUALA LUMPUR, 6 SEPT 2012: Setelah menarik diri di saat-saat akhir untuk menggalas watak isteri bekas Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam pementasan teater Tun Siti Hasmah, primadona Erra Fazira akui telah menyerahkan bulat-bulat kepada pihak produksi untuk memilih siapa sahaja pelakon wanita lain yang bakal menggantikan tempatnya. Namun, setelah mendapat tahu daripada beberapa pihak bahawa wataknya itu akan digantikan dengan pelakon Lisa Surihani, Erra Fazira akui dia yakin pelakon SAM (Saya Amat Mencintaimu) berkenaan mampu menggalas tanggungjawab tersebut. "Ketika saya menarik diri untuk tidak terlibat dalam teater ini, saya sendiri tiada menyarankan sesiapa untuk menggantikan tempat saya. Namun setelah diberitahu Lisa Surihani akan menggantikan watak saya, saya langsung tiada masalah, malah rasa dia sangat layak. "Meskipun dia belum pernah terlibat dalam teater, namun saya tahu dia memang sudah lama mengidamkan untuk berlakon teater. Malah, tidak dinafikan dia juga seorang pelakon yang hebat. "Saya pasti dia boleh buat yang terbaik memandangkan ini kali pertama dia berkecimpung dalam bidang teater," katanya kepada murai.com.my ketika majlis rumah terbuka Indigital Sdn Bhd dan Cube Film di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, malam semalam. Isteri kepada Yusry Abdul Halim itu bakal menggalas tanggungjawab sebagai Tun Dr Siti Hasmah semasa muda. Terdahulu, dalam portal murai.com.my, Erra Fazira ada meluahakan rasa ralatnya kerana terpaksa menarik diri daripada teater Tun Siti Hasmah selepas tarikh pementasan itu ditangguhkan. Menurut Erra lagi, keputusannya itu agak mengecewakan ramai pihak termasuk pihak produksi, namun dia bersyukur kerana Tun Siti Hasmah sendiri telah memahami situasi dan keadaannya. "Sebenarnya saya sangat ralat kerana tidak dapat meneruskan projek ini, sedangkan sudah banyak perbincangan saya lakukan bersama Tun Siti Hasmah sebelum ini. Namun saya ada diberitahu oleh pihak produksi yang Tun Siti Hasmah tidak mempunyai masalah dan memahami keadaan saya," jelasnya lagi. Teater tersebut yang sepatutnya dipentaskan pada 30 Ogos lalu ditunda kepada satu tarikh yang masih belum ditetapkan. |
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan