Maya Karin - Google Blog Search |
Posted: 01 Oct 2012 08:12 AM PDT Tanpa angin dan tanpa ribut, Maya Karin membuat pengakuan dirinya dilamar. Tentunya ia berita mengejutkan kerana selama ini, apabila ditanyakan soal hati dan perasaan, jawapan daripada wanita popular berdarah kacukan Melayu-Jerman ini cukup mengecewakan. Walaupun mengaku dirinya disunting, pinta Maya, janganlah perkara itu diperbesarkan kerana dia belum membuat sebarang keputusan. "Memang saya dilamar, tetapi yang membuat lamaran ialah sebuah syarikat rakaman antarabangsa, yang mahu menjadi pengedar album saya. Jika segala perancangan berjalan lancar, mereka juga mahu saya bernaung di bawah payung mereka sebagai artis rakaman. Belum ada kata putus "Buat masa ini, belum ada sebarang kata putus diberikan. Saya juga masih menimbang tawaran berkenaan. Bagaimanapun, melihat kandungan kontrak, saya amat berpuas hati dengan apa yang mereka ingin berikan. Majlis penuh santai itu diadakan bertujuan memperkenalkan saiz baru produk minuman berkhasiat terbabit, dengan 60 peratus lebih kandungan berbanding saiz biasa. Sebelum ini, Maya pernah merakamkan tujuh lagu sebagai usahanya untuk membuat kemunculan semula dalam dunia nyanyian. Sebelum ini dia pernah muncul bersama dua album, masing-masing berjudul Erti Cinta dan Bukan Qalamaya. Nasib lagu jadi tanda tanya Bagaimanapun, jika jodohnya dengan syarikat rakaman itu menjadi, nasib lagu yang sudah dirakam juga menjadi tanda tanya. "Saya sendiri tidak pasti apakah syarikat rakaman itu akan menggunakan lagu terbabit untuk dimuatkan dalam album saya nanti. Jika mereka ada perancangan lain, nampak gayanya lagu itu terpaksalah saya simpan. Saya sudah pun berbincang dengan penerbit album itu, Audi Mok, mengenai nasib lagu berkenaan. "Dia bersikap positif dan katanya, jika lagu dalam album itu tidak digunakan, dia tidak kisah dan mahu saya menjadikan pengalaman merakamkan lagu itu sebagai ilmu cukup berharga untuk kerjaya nyanyian saya," kata Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini. Panjat gunung di Nepal Sementara itu, dia yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-33 pada 29 Oktober berkata, hari istimewa berkenaan bakal disambut bersama lelaki tersayang. Membuat acara itu lebih bermakna, sambutannya akan diadakan di kawasan pergunungan Langtang, di Kathmandu, Nepal. "Bapa yang beriya-iya mengajak saya mendaki di Langtang. Selepas puas memujuk, tiga minggu lalu baru saya beri kata persetujuan. Hanya kami berdua yang akan melakukan pendakian. Tapi bila memikirkan tempoh perjalanan, iaitu empat hari untuk naik dan empat hari untuk turun, rasa gementar juga. "Sebagai seorang yang gemarkan cabaran dalam kehidupan, situasi seperti itu sedikit sebanyak menggembirakan hidup saya. Sesekali lari daripada dunia glamor seronok juga. Barulah hidup saya seimbang," katanya yang banyak menghabiskan masa dengan mengembara sejak kebelakangan ini. Suka aktiviti sukan Selain menjadikan kembara sebagai hobi, Maya juga antara artis yang gemarkan aktiviti sukan. Jika sebelum ini dia sanggup ke Jerman untuk menonton Kejohanan Bola Sepak Euro 2012, terbaru Maya turun ke Singapura untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1. Bukan sekadar menonton, Maya secara eksklusif diundang melawat garaj pasukan Formula Satu Lotus. "Kebetulan kawan saya ialah pemilik Lotus, jadi dialah yang mengundang saya melawat kawasan garaj itu. Dapatlah juga melihat pelumba membuat persediaan sebelum ke litar. Ada juga artis antarabangsa lain berada di situ, termasuk Katy Perry. Tinggi betul orangnya," kata Maya yang turut ditawarkan menjadi perantara jemputan program hiburan E! News. - BERITA HARIAN |
You are subscribed to email updates from Maya Karin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan