Nuffnang

Jumaat, 5 Oktober 2012

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> Cemburu Adik Beraya Dengan Isteri | MyNewsHub

Posted: 21 Aug 2012 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR – Pelakon kacak dan bergaya, Fahrin Ahmad, 33, jujur mengakui dia berasa cemburu melihat adik-adiknya menyambut kemeriahan Syawal bersama siteri masing-masing.

Bagi Fahrin, perasaan untuk meraikan raya secara sendirian membuatkan dia lebih gemar menikmati bulan Ramadhan.

Jadi, Fahrin merasakan yang raya itu adalah hanya hari biasa buat dirinya berbanding dengan adik-adiknya yang sudah pun berkeluarga dan punyai anak-anak.

"Secara jujurnya, saya lebih menikmati Ramadan daripada bulan Syawal. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini, saya dah mula rasa tak suka beraya sendirian apabila perasaan cemburu muncul melihat kebahagiaan adik-adik di samping isteri dan anak-anak mereka.

"Ia membuatkan saya sedar raya pada setiap tahun hanyalah sebuah rutin biasa sehinggalah saya beristeri. Insya-Allah, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri," kata Fahrin yang dipetik dari mStar Online.

Walaupun mempunyai perasaan seperti itu, Fahrin masih lagi tenang dan gembira kerana dapat menyambut kemenangan umat Islam bersama ibunya.

Ibunya sudah mengingatkan dirinya untuk pulang ke Johor lebih awal untuk membantu menyediakan jaudah raya memandangkan adik-adiknya pulang beraya bersama keluarga mertua masing-masing.

"Ibu dah awal-awal pesan kepada saya untuk pulang ke kampung di Johor lebih awal.

"Maklumlah, ibu tak sihat dan perlu berehat secukupnya, tambahan pula dia berkerusi roda. Jadi dia akan duduk di dapur dan memberi arahan, resipi dan memantau kerja saya di dapur.

"Secara teknikalnya, sayalah tukang masaknya tetapi tak pandai masak. Mana tahu, lepas raya nanti saya dah pandai masak pula," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Fahrin Nafi Bercinta Dengan Pelajar UPM

Fahrin Ahmad Nafi Kahwin Tahun Ini

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan