Nuffnang

Selasa, 2 Oktober 2012

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


Sentuhan AG Coco (<b>Hujan</b>) Dalam Album Imam Muda

Posted: 28 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2012: Imam Muda, program realiti yang mencetuskan evolusi serta mendekatkan masyarakat kepada program-program pendidikan, dokumentari malah hiburan yang fokus kepada agama Islam sememangnya sudah utuh di kalangan penonton.

Terbaru, Astro Oasis meneruskan kesinambungan dalam mengukuhkan jenama Imam Muda dengan mengambil langkah bijak menerbitkan sebuah album kompilasi yang mengandungi lagu-lagu dan zikir-zikir yang berinspirasikan ketuhanan melalui peserta-peserta Imam Muda musim ketiga.

Album yang diberi judul Ada Imam Di Kalangan Kami ini memuatkan lima buah lagu termasuk tiga zikir Hasbi Rabbi, Subhanallah, Astaghafirullah serta lagu berjudul Takwa dan Iman yang dicipta oleh Allahyarham Datuk Ahmad Jais. Turut menjadi perhatian lagu berjudul Satu yang memberi sesuatu kelainan dalam muzik bergenre Nasyid.

Ini merupakan album kedua selepas kejayaan album pertama Imam Muda: Memecah Tradisi yang telah diterbitkan pada tahun 2011.

Berbeza dengan album sebelum ini, kompilasi kali ini direncanakan sebagai satu koleksi yang lebih menjurus kepada citarasa halwa telingan anak-anak muda. Penyampaian dan penghayatan zikir adalah lebih segar dan disulami komposisi yang lebih berani. Ianya diilhamkan penggubah dan komposer yang sedang meningkat naik, Hezry Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco dari kumpulan Hujan.

Ini bukan kali pertama Astro berkolaborasi bersama AG Coco. Beliau merupakan penggubah utama bagi P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Indiepretasi, sebuah album tribute buat seniman agung itu. AG juga pernah terlibat dalam pembikinan album tribute kepada seorang lagi tokoh hiburan negara, Aku Sudirman: Suatu Interpretasi.

Album terbitan Measat Broadcast Network System Sdn Bhd dan edaran Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM21.90 untuk cakera padat.

Ia menampilkan sumbangan suara dari 10 Imam Muda terhebat musim ketiga iaitu IM Rahman, IM Nasir, IM Megat, IM Omar, IM Hafiz, IM Syed, IM Fakhrulrazi, IM Azri, IM Ramadhan dan IM Jabar selaku Imam Muda Terunggul untuk musim ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan