Nuffnang

Selasa, 2 Oktober 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Pula Bakal Berhijab? | OHBULAN!

Posted: 01 Oct 2012 08:15 AM PDT

Comel, sentiasa nampak menarik dan tetap kelihatan seperti wanita yang baru berusia 20 tahun, itulah Nora Danish. Pelakon yang kini sudah berusia 30 tahun dan mempunyai seorang anak bernama Putra Rayqal ini dikhabarkan bakal bertudung tidak lama lagi.

Mungkin sebelum ini ada yang menghentam Nora Danish kerana gambar-gambar seksinya yang disiarkan ketika dia sedang mengerjakan umrah. Namun, pelakon yang popular dengan drama bersiri 'Puteri' ini sudah pun menjelaskan perkara yang sebenar.

Baru-baru ini melalui sebuah akhbar tempatan, Nora Danish yang sudah 2 kali mengerjakan umrah mengakui bahawa dia mengambil keputusan untuk memakai tudung tidak lama lagi.

"Saya sudah berubah, namun perubahan yang saya lakukan ini bukan secara mendadak tetapi perlahan-lahan. Alhamdulillah, saya sudah dua kali menunaikan umrah. Insya-Allah saya akan bertudung tidak lama lagi, saya sedang nantikan masa yang sesuai." – Nora Danish, dipetik dari Utusan Malaysia

Nora juga turut meminta agar para peminat tidak mengatakan yang dia bertudung hanya kerana trend masa kini.

"Saya tidak mahu nanti ada yang kata saya bertudung kerana ikut trend sekarang. Saya ingin lakukannya dengan hati yang ikhlas. Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat yang selama ini tidak putus-putus memberi semangat kepada saya."

Saya Terima Dan Hormati Setiap Teguran – <b>Nora Danish</b> |

Posted: 25 Sep 2012 11:36 PM PDT

Susulan tampil seksi di dalam Kosmo Ahad baru-baru ini, Nora Danish hari ini memberitahu Harian Metro yang dia menerima dan menghormati setiap teguran yang diberikan terhadap dirinya. Bagi Nora, itu tanda dirinya disayangi oleh peminat-peminat di luar sana.

nora danish

Abang Nara suka dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Nora Danish. Penuh lembut dan tidak melenting. Memang bertambah respek dibuatnya. Kata Nora:-

Begitu juga dengan soal seksi dan berpakaian yang banyak kali saya ditegur. Saya terima dan menghormati setiap teguran itu kerana jujurnya saya melihat ia satu perkembangan yang baik buat diri saya secara peribadi. Setidak-tidaknya mereka sayangkan saya dan kerana itu tidak henti mereka berpesan dan menegur. Ia bagai satu doa yang terus memberikan saya inspirasi positif buat diri saya. Mana tahu, jika pesan itu berterusan ia akan mengubah diri saya. Semua itu kerja Tuhan dan saya terima dengan hati terbuka.

nora danish

Dan ada berita baik yang turut dikongsi oleh Nora Danish kepada jejaka-jejaka di luar sana. Dirinya masih single, masih tiada teman istimewa dan masih mencari si dia yang bertuah. Kata Nora:-

Saya tidak mempunyai sesiapa yang istimewa lagi. Sejak berpisah lebih empat tahun lalu, saya masih sendiri memberi tumpuan penuh kepada kerjaya, keluarga dan keutamaannya pada Rayqal yang makin membesar. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan sentiasa mengharapkan kebahagiaan ini berterusan. Namun saya ada berkawan dan mengenali beberapa individu. Semuanya hanya kawan dan tidak pernah lebih daripada itu. Jika tertulis saya dipertemukan dengan mana-mana lelaki yang sempurna membimbing, saya akan kongsi dengan peminat nanti. Doakan saja segala yang baik buat saya

Abang Nara agak pelik kenapa tiada orang kenamaan yang cuba mengorat Nora Danish. Selalunya orang secantik Nora Danish ini tidak akan dibiarkan single terlalu lama. Pasti ada mereka yang berkedudukan tinggi akan menyambar seperti helang meragut mangsa. Apa pun Abang Nara doakan agar Nora Danish cepat-cepat bertemu dengan jejaka yang mampu mengisi kekosongan hatinya itu.

P.S: CCTV video berjaya merakamkan pergerakan sejenak yang berlaku di China.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan