Nur Fathia - Google Blog Search |
MAHU TOLAK LABEL ARTIS BERMASALAH - <b>NUR FATHIA</b> LATIF <b>...</b> Posted: 07 Oct 2012 09:00 PM PDT Mahu Tolak Label Artis Bermasalah – Nur Fathia Latif | Sebelum ini Nur Fathia Latif telah dilabelkan artis tidak berdisiplin dek kerana beberapa isu tidak menepati masa antaranya lewat datang sesi fotografi. Ianya ibarat sudah sebati dengan Fathia, anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu. Namun bagi Fathia, masalah yang beliau timbulkan itu bukan sengaja diadakannya malah semuanya bersebab. Fathia menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya setelah beberapa kali lewat hadir ke sesi fotografi majalah dan akhbar. "Adalah lebih elok untuk bertanya kepada pihak yang biasa rapat dengan saya contohnya kru produksi tentang tabiat dan cara kerja saya sebenarnya daripada terus menuduh begitu sahaja. Biasanya, kalau saya lambat datang ke set penggambaran atau sesi fotografi saya akan memaklumkan terlebih dahulu situasi yang berlaku. Mungkin kerana trafik sesak atau acara yang sebelumnya habis lambat. Untuk apa saya sengaja datang lambat? "Saya minta maaf sekiranya tindakan saya yang terlewat hadir ke beberapa sesi fotografi atau set penggambaran menyebabkan banyak pihak terluka. Selepas ini saya berjanji untuk memperbaiki kelemahan saya," katanya dalam akhbar Kosmo Online lantas menegaskan dia enggan dilabelkan sebagai seorang artis yang bermasalah akibat beberapa kesilapan yang dilakukan sebelum ini. Isu Pakaian Seksi Kesilapan yang pernah dilakukan Fathia itu bukan sekadar hanya merujuk kepada disiplin bahkan juga pemakaian busana ketika menghadiri sesebuah acara serta gambar-gambar lama yang dieksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kesemuanya pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini. Bakal muncul dalam sebuah filem arahan Arjinder Singh berjudul Darah Panas pada tahun depan, ujar penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, dia terpaksa meletakkan garis panduan berpakaian atas faktor tidak ingin mengulangi kesilapan lampau. Bukan kerana besar kepala atau cerewet tapi tegas Fathia, dia enggan tampil terlalu seksi dengan mendedahkan tubuhnya semata-mata kerana mahu melariskan sesuatu produk. "Saya bukan simbol seks dan saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Saya akui berlaku sedikit pertengkaran ketika sedang menjayakan sebuah babak sebagai pelacur dalam filem Darah Panas kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat dan menjolok mata. Pada hari kejadian juga saya berkeras untuk menukar pakaian lain yang kurang seksi berbanding baju dan skirt paras paha yang diberi oleh produksi. Setakat itu had saya dalam berpakaian!" tegasnya. Fathia menegaskan lagi, pada masa-masa akan datang dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian dan jika dikehendaki tampil seksi dia harus memastikan untuk tidak keterlaluan. Menerusi Darah Panas, dia melakonkan watak seorang gadis naif yang terpengaruh dengan pujukan seorang lelaki untuk menjadi model di Kuala Lumpur. Namun, setelah diperdaya dan dijadikan pelacur hidupnya berubah secara total. Filem yang turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Sofi Jikan dan Corrie Lee itu baru selesai penggambarannya pada minggu lepas. CARIAN BERKAITAN
Category: HIBURAN |
You are subscribed to email updates from Nur Fathia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan