Nuffnang

Isnin, 8 Oktober 2012

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


Kembar Teringin Nak Makan Snogurt <b>Raja Farah</b> | Anastasyea Blog

Posted: 07 Oct 2012 05:30 PM PDT

Sabtu lepas, kembar aku kat Ipoh datang. Katanya teringin sangat nak makan Snogurt. Kat mana korang tau .. tu kat Restoran Raja Farah dekat Metro Point Kajang. Bila risik-risik, sebenarnya bukan teringin apanye, tapi nak jumpa Raja Farah.

Jadi semalam, bawa la ! Tapi nasib tak menyebelahi kami. Raja Farah tak ada di restorannya. Hehehe .. tak apa la. Raja farah tak ada .. tapi snogurt ada. Lagipun ada orang nak belanja. Boleh la makan ! Yummm .. yumm .. emm .. memang sedapnya ! *Kali kedua aku makan kat sini, kira memang dah tau yang perisa mana sedap !*

Bergambar berdua dihadapan snogurt masing-masing. Lepas nie nak lawan makan pulak ? Nak tengok siapa yang habis dulu. Sambil-sambil tu, tetap menunggu, dengan harapan, Raja Farah pulang semula ke restorannya. *kata pelayan kat situ, Raja Farah keluar sekejap*, tapi sampai kesudah tak ada. Tak apa la, mungkin lain kali boleh jumpa .. ^__^

Dua pilihan yang berbeza, aku lebih suka kepada benda-benda yang masam. Jadi lebih banyak ambil perisa manggo dan strawberry berbanding kembar aku yang lebih suka perisa manis seperti chic chocolate dan sedikit perisa lain *campur-campur*

Antara mesin "perah" snogurt yang ada direstoran tersebut. Macam-macam perisa ada ! Antaranya, just snogurt, sly lychee, wild berries, mango peach, strawberry smooch, chic chocolate, screaming apple dan choco banana. Pilih la yang mana korang nak ..


Gambar kenang-kenangan sebagai bukti, kami singgah disini. Tengok la, antara filem-filem yang pernah dilakonkan oleh Raja Farah sebelum ini yang digantung didinding restoran dan disesuaikan dengan warna tema, pink. Memang comel !
Kompleks Metro Point, Kajang 
11 pagi hingga 10.30 malam 
http://www.facebook.com/snogurtfan

- Memamg sedap makan snogurt kat sini .. lebih-lebih lagi bila ada, orang belanja .. ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan