Nuffnang

Isnin, 8 Oktober 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Anugerah Blokbuster - <b>Syamsul Yusof</b> Menang Besar - Gua.com.my

Posted: 06 Oct 2012 01:14 PM PDT

Malam kemuncak Anugerah Blockbuster menyaksikan kemenangan besar buat Syamsul Yusof apabila kedua-dua filemnya, KL Gangster dan Khurafat meraih kemenangan dalam anugerah yang diadakan buat julung-julung kali itu. Filem aksi KL Gangster  berjaya meraih tiga anugerah daripada 15 anugerah yang dipertandingkan iaitu Anugerah Filem Terhebat, Anugerah Filem Aksi Terhebat dan Anugerah Tuan Direktor Terhebat. Manakala Khurafat dinobatkan sebagai Filem Takut Terhebat.

Kejayaan Syamsul bertambah manis apabila dia turut dipilih sebagai penerima Anugerah Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) di atas sumbangannya kepada industri perfileman Malaysia.  Dengan kelima-lima anugerah ini Syamsul berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi untuk setiap satu kategori.

Sementara itu, pengacara dan pelawak, Zizan Razak memberi kejutan besar apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Anugerah Hero Terhebat menerusi filem Hantu Bonceng. Siapa sangka Zizan mampu menyingkirkan hero Ombak Rindu, Aaron Aziz yang sebelum ini diramalkan akan membawa pulang trofi.  Syabas GUA ucapkan kepada Zizan. Selain itu, Hantu Bonceng turut dinobatkan sebagai Filem Kelakar Terhebat.

Artis naungan MIG, Yana Shamsudin menjadi pemilik trofi Anugerah Heroin Terhebat menewaskan calon-calon popular lain seperti Lisa Surihani, Scha Al-Yahya, dan Maya Karin. Kemenangan Yana ini menerusi filem aksi komedi Bini-Biniku Gangster.

Anugerah Blockbuster 2011 adalah satu projek anjuran PFM dengan kerjasama Astro Ria dan Radio Era. Acara akan menjadi acara tahunan ini bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.

Sebanyak 42 buah filem yang diterbitkan bermula 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 layak mengambil bahagian dalam anugerah ini. Bagaimanapun, hanya 34 buah filem yang berjaya dicalonkan untuk setiap kategori.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Blockbuster untuk edisi pertama ini:-

1) Anugerah Filem Paling Hebat
KL Gangster

2) Anugerah Tuan Direktor Terhebat
Syamsul Yusof – KL Gangster

3) Anugerah Direktor Baru Terhebat
M Suurya – Sumpahan Puaka

4) Anugerah Filem Aksi Terhebat
KL Gangster

5) Anugerah Filem Kelakar Terhebat
Hantu Bonceng

6) Anugerah Filem Takut Terhebat
 Khurafat

7) Anugerah Drama Muzikal Terhebat
Nur Kasih The Movie

8) Anugerah Hero Terhebat
 Zizan Razak – Hantu Bonceng

9) Anugerah Heroin Terhebat
Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster

10)Anugerah Watak Penyangak Terhebat
Fikri Bakar – Klip 3GP

11) Anugerah Lagu Filem Terhebat
Ombak Rindu

12) Anugerah Hero Baru Terhebat
 Shahir - Karak

13)Anugerah Heroin Baru Terhebat
Tasha Shilla – Ratu The Movie

14) Anugerah PFM
Syamsul Yusof

15) Anugerah Astro First Terhebat
 Kongsi

Anugerah Blokbuster: Malam Cemerlang Buat <b>Syamsul Yusof</b>

Posted: 05 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

SHAH ALAM, 6 OKTOBER 2012: Malam Anugerah Blokbuster yang berlangsung sebentar tadi nyata merupakan malam yang penuh gemilang buat Syamsul Yusof apabila dia meraih lima dari lima belas anugerah yang dipertandingkan.

Anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ini memenangi gelaran Anugerah Tuan Direktor Terhebat selain turut menerima Anugerah PFM manakala filem-filemnya telah mendominasi kategori masing-masing seperti Anugerah Filem Aksi Terhebat untuk KL Gangster dan Anugerah Filem Takut Terhebat untuk filem Khurafat.

KL Gangster kemudiannya turut diiktiraf Filem Terhebat menewaskan filem lain yang dijangka memberi saingan hebat seperti Ombak Rindu.

Syamsul yang turut dikenali dengan watak Shark dalam filem KL Gangster bagaimanapun tewas mengejut bagi kategori Anugerah Penyangak Terhebat kepada pendatang baru, Fikri Bakar menerusi lakonannya dalam filem Klip 3GP.

Kejutan berlaku bagi kategori Anugerah Hero Terhebat apabila nama yang disebut-sebut bakal memenangi kategori ini iaitu Aaron Aziz tewas kepada Zizan Razak. Kategori Heroin Terhebat pula dimenangi Yana Samsuddin untuk lakonannya dalam filem Bini-Biniku Gangster.

Untuk setiap kategori, pemenang akan menerima sebuah trofi serta wang tunai RM5000 kecuali untuk Anugerah Filem Terhebat dimana pemenangnya menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Anugerah Blokbuster 2011 yang dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM) ini telah dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Pemilihan pemenang dibuat oleh penonton yang membuat undian secara online dan SMS.

Hos bagi malam penuh gemilang ini ialah Afdlin Shauki, Zizan Razak dan Lisa Surihani.

Antara selebriti yang membuat persembahan malam tadi ialah Dato' Siti Nurhaliza, Bunkface, Hazama, Awi Rafael, Amy Search, Ziana Zain, Erra Fazira, Zamani, Alyah serta ramai lagi.

Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Blokbuster

Anugerah Filem Terhebat - KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor - Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat - M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat - KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar - Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat - Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat - Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat - Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat - Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat - Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shila (Ratu The Movie)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan