ramlah ram - Google Blog Search |
Video : 5:00 Minit, <b>Ramlah Ram</b> feat Caprice | OHBULAN! Posted: 12 Oct 2012 12:40 AM PDT Hari ini Ramlah Ram akan melancarkan single terbarunya berjudul "Aspirasi Hati." Album ini telah diterbitkan oleh kelab peminat Ramlah Ram sendiri yang dikenali sebagai 'Ramlah Ram Group" (RRG) dan ia merupakan album pertama artis Malaysia yang diterbitkan oleh kelab peminat yang berdaftar. Secara dasarnya"Aspirasi Hati" mengandungi 10 buah lagu dan 2 buah lagu bonus. Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah '5 minit', 'Takdir Cinta', 'Sejadah Cinta', 'Sesaat Kau datang', 'Hati', 'Benar mencintai', 'Seandainya', 'Cinta Gila', dan 'Aspirasi.' Single '5:00 minit' Ramlah Ram feat Caprice ini merupakan single pengenalan Album terbaru Ramlah Ram berjudul 'Aspirasi Hati.' Lagu tersebut merupakan lagu ciptaan ID Mifzal, Komposer yang melonjakkan nama Ramlah Ram bersama SleeQ melalui lagu Hit "Sesaat Kau Datang," manakala liriknya ditulis oleh BAM Ariz. Di petang Jumaat yang indah ini, jom kita layan lagu baru Ramlah Ram dan Caprice berjudul '5 minit.' Semoga anda semua terhibur!! |
<b>Ramlah Ram</b> Diugut Selepas Akaun Facebook, Twitter Digodam <b>...</b> Posted: 09 Oct 2012 06:41 PM PDT Penjenayah siber berjaya menggodam beberapa laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram sehingga meletakkan status serta mesej berbaur ugutan terhadap penyanyi itu dan juga beberapa artis lain. Presiden Kelab Peminat Ramlah Ram Group (RRG), Idmiszal Soaid berkata, dia menyedari perkara itu pada pagi Sabtu lalu apabila terbaca di sebuah blog yang mengatakan laman Twitter milik Ramlah digodam. "Tidak lama kemudian iaitu pada pukul 3 petang hari yang sama penggodam itu menghantar mesej berbaur ugutan dalam Twitter Ramlah yang ingin memusnahkan semua akaun laman sosial milik Ramlah termasuklah Facebook, E-mel dan akaun YouTube. "Lebih menakutkan apabila penggodam mengugut (di Facebook) mahu menggodam telefon bimbit serta komputer riba Ramlah bertujuan untuk mendedahkan foto-foto peribadi miliknya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Selasa. Tambah Idmiszal, Ramlah yang baru pulang dari Terengganu pada malam Sabtu lalu terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira pukul 1 pagi (Ahad) selepas mendapat tahu kejadian tersebut. Malah, sebagai langkah keselamatan, Ramlah bertindak menghubungi beberapa bank bagi menyekat akaun-akaunnya agar segala urusan dihentikan buat sementara waktu. (Status menerusi akaun Twitter ini bukan tulisan Ramlah Ram kerana ia sudah dicerobohi individu tidak bertanggungjawab) "Selain Ramlah, saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang dan dua orang ahli RRG membuat laporan serupa di Taman Pelangi, Johor kerana akaun laman sosial kami juga digodam. "Malah penggodam itu telah menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan dia tidak sukakan sebarang promosi yang berkaitan Ramlah. Peliknya, orang yang menghantar mesej itu daripada seorang lelaki negara luar. "Dia siap ugut mahu menggodam laman sosial artis-artis lain pula seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura," ujarnya. Ditanya keadaan Ramlah, Idmiszal berkata, penyanyi itu menjadi fobia sehingga dia tidak berani untuk menjawab sebarang panggilan telefon. "Dia masih lagi fobia tambahan pula pelbagai ugutan yang diterima. Begitu juga dengan kami, takut juga apabila ada yang cuba dengki mahu menjatuhkan reputasi Ramlah. "Tambah pula dia album barunya iaitu Aspirasi Cinta akan dipasarkan pada Jumaat ini yang diterbitkan sendiri oleh RRG. Saya takut ada yang tidak senang hati," ujarnya. Sementara itu Ramlah Ram yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon bagi mengulas kejadian tersebut. -mStar Online |
You are subscribed to email updates from ramlah ram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan