Nuffnang

Sabtu, 13 Oktober 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Mencabar Jue Aziz | MyNewsHub

Posted: 31 Aug 2012 03:08 AM PDT

Rita Rudaini menerusi sebuah akhbar telah mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue Aziz dan suaminya, Aidil Zafuan.

Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi akhbar tersebut iaitu :

"Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula?

"Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat?

"Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota," katanya.

Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz itu jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua.

Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut.

"Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.

Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya.

Menurut Rita, dia sendiri mengetahui tentang gosip ini (percintaan Aidil dan Jue) menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut.

Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. – Sinar Harian Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan