Akim - Google Blog Search |
Stacy dan <b>Akim</b> kembali bersama | Lulu pages Posted: 22 Oct 2012 09:01 PM PDT TIDAK lama dahulu kedua penyanyi remaja ini pernah mencuri tumpuan melalui hubungan mesra yang terjalin antara mereka. Menafikan hubungan baik itu menerbitkan rasa cinta, kini mereka kembali bersama. Biarpun badai gosip sudah lama berlalu, kasih yang mengikat mereka sebagai kawan terus dikukuhkan dengan kerjasama di dalam membantu karier masing-masing. Keserasian yang tercipta sejak lama dahulu sentiasa menghasilkan gandingan terbaik. Terbaru Akim sekali lagi memilih Stacy sebagai rakan duet untuk lagu terbaru ciptaannya berjudul Kembali, lagu yang dimuatkan didalam album terbarunya berjudul Akim Ahmad ini ternyata mempunyai aura tersendiri. Tahu eksperimen bakal menyebabkan khabar angin mengenai hubungan cinta mereka kembali, bagi dua penyanyi yang meningkat dewasa ini itu bukan sesuatu yang perlu ditakutkan mereka lagi. Sekian lama menyepi, Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 21, memberitahu dia tidak pernah menghilangkan diri daripada industri ini. Menerangkan apa yang berlaku selama dia kurang berada di barisan hadapan, menurut Akim dia sebenarnya sedang mempelajari corak permainan di dalam industri. "Saya tidak kemana-mana, masih berusaha memberikan yang terbaik untuk karier saya. Namun pada masa yang sama saya tidak nafikan sedang memerhati dan mempelajari tentang industri kita kini," kata Akim yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7. Membuktikan kesungguhan di dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu, Akim mengakui lakonan juga merupakan bidang yang sentiasa memberi sebab untuk dirinya terus berusaha. Malah menurut jejaka ini, dia tidak kisah sekiranya diberikan peluang untuk melakonkan watak antagonis didalam memberi peluang dirinya untuk bersinar. "Saya masih muda. Jika ada mereka yang di luar sana masih tidak berpuas hati dengan lakonan saya, saya hanya boleh pastikan diri ini terus berusaha. "Mungkin melalui watak-watak yang lebih keras saya mampu membuktikan bakat yang saya miliki. Dan dengan umur yang masih muda ini juga saya yakin mahu mencuba semua watak dalam memberi peluang kepada saya untuk lebih sebati dengan lakonan," katanya. Sekali lagi memilih Stacy sebagai pasangan duet untuk lagu terbaru ciptaannya, Akim memberitahu bukan niatnya untuk sengaja mencipta kembali gosip lama tetapi dia percaya Stacy merupakan pilihan yang tepat untuk menyanyikan lagu ini bersamanya. "Sewaktu mencipta lagu ini saya memang dapat rasakan Stacy merupakan penyanyi yang tepat. "Dan tidak terlintas langsung untuk saya fikirkan lagu ini akan menyebabkan gosip bercinta kami kembali meletus. Cukup saya katakan kami sudah pernah berkerjasama dan ia memudahkan kerja kami," katanya. -utusan . |
You are subscribed to email updates from Akim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan