Nuffnang

Selasa, 13 November 2012

Hazama af - Google Blog Search

Hazama af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2012 03:21 AM PST


<b>Hazama AF</b> Beralih Angin Untuk Berlakon - OH SYIOK MEDIA

Posted: 02 Jun 2012 12:59 AM PDT

Artis Popular yang semakin meningkat naik popularitinya dengan lagu SIMETRI yang memang gempak kini dikatakan ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan?

Hazama, 28 mencuba bakat lakonanya dalam filem 'Cinta Atas Tar' yang diarahkan pengarah Ahmad Idham. Bagi Hazama selepas enam tahun bergelar penyanyi sudah tiba masa untuk dia mencuba sesuatu yang baru.

"Dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian. Lagipun ia merupakan satu proses pembelajaran sebagai seorang anak seni.

 Dan pada masa sama, saya boleh melihat sejauh manakah kemampuan bakat yang boleh ditonjolkan. Bagaimanapun, tak sangka Idham berani mengambil saya sebagai pelakonnya dalam 'Cinta Atas Tar'."

Hazama yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini, gementar juga untuk berlakon. Risau katanya jika watak dibawa gagal memikat hati penonton.

"Jujur saya katakan, walaupun menerima tawaran Idham dengan hati terbuka, jauh di sudut hati, saya risau dengan persembahan lakonan yang diberikan, adakah ia mencapai tahap keinginan penonton atau tidak."

Hazama menganggap lakonan dan nyanyian ternyata sebuah bidang yang agak jauh berbeza di mana lakonan memerlukan kita menghabiskan masa menunggu yang agak lama.

"Walaupun banyak masa dihabiskan dengan menunggu, banyak juga ilmu yang saya peroleh daripada para pelakon serta kru-kru di belakang tabir. Saya mahu menjadi seorang pelakon profesional dan tidak kisah diberikan apa saja watak asalkan ia dapat mengasah bakat lakonannya."

Mengenai perkembangan nyanyian pula, single lagu terbaru Hazama berjudul Majnun , berkonsepkan balada, kini sudah pun dimainkan di radio dan mendapat sambutan yang bagus daripada para pendengar.

Beritahu Hazama, buat masa ini, dia akan mencuba pelbagai genre muzik bagi melihat sejauh mana kemampuannya bagi sesebuah genre muzik itu.

"Sekarang ini, saya masih lagi tercari-cari muzik yang benar selesa dengan jiwa saya. Namun, melihatkan respons daripada peminat, mereka sukakan Majnun dan mungkin balada ada muzik 'cari makan' saya."

Filem 'Cinta Atas Tar' telah pun selesai penggambarannya pada Mac lalu yang turun dilakonkan oleh Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar, Shenthy Feliziana dan Azad Jazmin.

Zack: ALL THE BEST HAZAMA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan