Vanidah Imran - Google Blog Search |
Isu Lafaz Cerai Rashidi Ishak Kepada <b>Vanidah Imran</b> Filem Untuk 3 <b>...</b> Posted: 23 Sep 2012 08:29 PM PDT Lafaz Cerai Rashidi Ishak Kepada Vanidah Imran dalam Filem Untuk 3 Hari Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa segera merujuk kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, lafaz cerai yang diungkapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.
Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan Afdlin Shauki itu yang menyebut: Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai." Jelas Harussani, Islam tidak mengajar penganutnya untuk mempermainkan kesucian sesebuah perkahwinan sebaliknya berusaha memastikan perkahwinan itu berkekalan dan bahagia sepanjang kehidupan mereka. Apa komen pelakon Vanidah Imran tentang isu ini? Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.
Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut. Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa. Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.
Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan. "Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain. Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya. Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.
CommentsPowered by Facebook Comments Tags: Afdlin Shauki, Ayu Raudhah, dialog filem, isu kontroversi, lafaz cerai, mstar online, novel Ahadiat Akashah, Rashidi Ishak, review filem untuk 3 hari, selebriti bercerai, ulasan filem untuk 3 hari, vanidah imranClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Vanidah Imran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan