Aliff Aziz - Google Blog Search |
- BERITA ARTIS - <b>Aliff Aziz</b> Doakan Anne Ngasri Bahagia - Gua.com.my
- Sepatutnya Kami Kahwin Disember Ini – <b>Aliff Aziz</b> |
- <b>Aliff Aziz</b> Reveals Secrets Should wed Anne December Ngasri <b>...</b>
BERITA ARTIS - <b>Aliff Aziz</b> Doakan Anne Ngasri Bahagia - Gua.com.my Posted: 21 Nov 2012 08:47 AM PST Baru-baru ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita bertunangan Anne Ngasri, 28, dengan pasangan pilihannya seorang duda berusian 40-an. Ini kerana pelakon berstatus janda ini baru sahaja dikhabarkan putus cinta dengan penyanyi remaja, Aliff Aziz setelah dikatakan mendapat halangan daripada pihak keluarga. Apabila berita pertunangan ini mula tersebar, pasti yang ramai tahu apa reaksi Aliff Aziz bukan? Biarpun tiada lagi hubungan cinta di antara mereka, tetapi ramai yang percaya Aliff berasa tertampar dengan berita pertunangan itu. Malah, timbul desas-desus mengatakan Alif mengalirkan air mata selepas mendapat tahu tentang perkara itu. Kesempatan bertemu dengan Aliff di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 pada Rabu membuka ruang kepada pihak media untuk mendapat penjelasan lanjut daripada penyanyi dari Singapura ini. "Alhamdulillah doa saya dan dimakbulkan Allah. Saya selalu doakan supaya dia (Anne) akan dapat kebahagian yang diidamkan. Biarpun tidak bersama saya, tetapi saya gembira kerana dia dapat apa yang dia mahukan. Semoga jodohnya dengan lelaki itu berkekalan dan majlis perkahwinan mereka nanti berjalan dengan lancar," luah Aliff yang menafikan dia menangis setelah mendapat tahu tentang perkara itu. Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga mendedahkan dia sebenarnya tidak diberitahu oleh Anne tentang pertunangan itu. Sebaliknya, khabar itu disampaikan oleh rakan-rakan melalui panggilan telefon. "Saya dapat tahu pasal pertunangan ini apabila ada kawan-kawan yang telefon beritahu. Mula-mula saya ingat mereka main-main, tetapi setelah saya baca di Twitter dan cari info di internet, barulah saya percaya bahawa perkara itu memang benar. Bohong kalau saya katakan saya langsung tidak rasa apa-apa tentang pertunangan itu. Bagaimanapun, susah hendak saya jelaskan dengan kata-kata tentang perasaan saya itu. Apa yang pasti perasaan saya itu bukanlah satu perasaan yang orang lain ingin rasakan. Walau apa pun, saya terima ketentuan Allah. Sudah jodoh dia dengan lelaki itu. Saya hanya dapat doakan yang terbaik untuknya. Hidup perlu diteruskan dan saya bersyukur kerana masih punya keluarga, kawan-kawan dan peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap saya," ujar Aliff lagi. Sebelum mengakhiri perbualan, Aliff sempat memberitahu sehingga kini dia tidak pernah menyesal mengenali Anne Ngasri. Baginya, Anne adalah seorang wanita yang cukup sempurna. |
Sepatutnya Kami Kahwin Disember Ini – <b>Aliff Aziz</b> | Posted: 21 Nov 2012 08:21 PM PST Memang kalau sudah tertulis tiada jodoh, maka tiadalah jodohnya. Aliff Aziz yang ditemui wartawan Mstar Online mendedahkan yang sepatutnya dia dan Anne Ngasri akan bernikah Disember ini. Sayangnya bukan Aliff Aziz yang dipilih oleh Anne Ngasri untuk menjadi suaminya. Abang Nara dapat rasakan kepedihan di dalam hati Aliff Aziz apabila perancangannya tidak menjadi. Benarlah kata-kata "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Semoga ini menjadi satu pengajaran buat Aliff Aziz yang ternyata kecewa dengan perpisahan ini.
Namun Abang Nara respek dengan Aliff Aziz yang sedar bahawa hanya Allah sahaja mampu mengubati kelukaan hatinya. Itulah yang sebenar-sebenarnya harus dilakukan oleh kita sebagai hamba kepadaNya. Tak perlu kecewa sampai bunuh diri apa bagai yang sering dilakukan oleh orang lain
Bagi Abang Nara, Aliff Aziz pun masih muda. Ini semua jadikan satu pengalaman. Lepas ini kalau bercinta, terus masuk meminang. Tak perlu tunggu lama-lama. Tak ke gitu? P.S: Le Sorelle, rumah bot mewah. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Aliff Aziz</b> Reveals Secrets Should wed Anne December Ngasri <b>...</b> Posted: 21 Nov 2012 11:26 PM PST center" class="story_image Subang : Singer reveals his Aliff Azizreally hurt after ex-lover Anne Ngasri makedecision to marry the Executive Secretary, Youth MovementUmno, Mohd Sumali Reduan, 40, is scheduled on 22 December. "Honestly, I have never felt a deep sense of lovelike this. When our relationships are not working, it's reallymakes my heart hurt. Related posts: |
You are subscribed to email updates from Aliff Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan