Nuffnang

Sabtu, 10 November 2012

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Alaena Ayesha Penyeri Hidup <b>Aqasha</b>

Posted: 14 Oct 2012 09:28 AM PDT

  
Monday, 15 October 2012 00:28

..

Tahniah diucapkan kepada penyanyi juga pelakon, Aqasha dan isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 29, selamat menimang cahaya mata kedua, Khamis lalu.

Bayi perempuan yang diberi nama Alaena Ayesha yang membawa maksud 'dilimpahi kebahagiaan' itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.
 
Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Aqasha Rosli, 30, mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun, bernama Alehandra Ahmad.
 
Pelakon drama bersiri Dejavu di Kinabalu itu sempat berkongsi gambar anak terbarunya itu melalui laman Twitternya dengan menulis, "alahai... macam anak Jepun pula anak perempuan aku ni."
 
Pasangan bahagia, Aqasha dan Baizura diijabkabulkan pada 10 Oktober 2010.

- mD

(TAHNIAH)Anak Kedua <b>Aqasha</b>, Bayi Perempuan, Selamat <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2012 05:09 AM PDT

Jutaan tahniah kepada Aqasha yang telah dikurniakan anak perempuan hari ini. Bayi perempuan ini adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Aqasha dan isterinya, Noor Baizura. Sebelum ini mereka berdua telah pun mendapat seorang anak lelaki yang kini berusia kira-kira setahun.

aqasha

Semoga dengan kehadiran puteri di dalam keluarga Aqasha akan menceriakan lagi mereka. Aqasha telah pun berkongsi gambar anaknya di Twitter Aqasha. Memang cute dan putih sangat.

aqasha

Tahniah sekali lagi kepada Aqasha atas kehadiran cahaya mata ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Remy Ishak Menyindir <b>Aqasha</b> Di Twitter? | ROTIKAYA

Posted: 17 Oct 2012 08:25 PM PDT

Remy Ishak Menyindir Aqasha Di Twitter?Tengok betapa obses'nya kami terhadap Remy Ishak, hari ini sahaja sudah dua kisah beliau kami paparkan termasuk yang ini — kisah yang agak jarang berlaku.

Mungkin selalu berlaku di'kalangan selebriti wanita untuk saling menyindir di laman sosial terutamanya Twitter, namun untuk selebriti lelaki, bunyi'nya seperti tidak cool.

Sekitar 10.00 malam pada 15 Oktober yang lalu, Remy Ishak menulis sebaris ayat yang beliau tag sebagai Cerpen Twitter tetapi seolah olah menyindir rakan pelakon, Aqasha.

"Si penggemar rahsia memang gemar berahsia, lebih lebih lagi tentang hubungan kekasih gelapnya dari pengetahuan sang isteri," itu ayat tulisan Remy Ishak yang kami maksudkan.

Ada kemungkinan tulisan Remy Ishak di'tujukan buat Aqasha adalah kerana deskripsi akaun pelakon Dejavu Di Kinabalu itu ada menulis diri beliau sebagai 'penggemar rahsia'.

Mungkinkah Remy Ishak tahu sesuatu yang kita semua tidak tahu — atau semua ini hanya kebetulan? Hmm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan