Nuffnang

Sabtu, 10 November 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


makan malam khas bersama <b>jamal abdillah</b> - MyArtis

Posted: 25 Oct 2012 04:35 AM PDT


Pada 24 November ini, raja pop Jamal Abdillah akan membuat persembahan khas dalam satu majlis makan malam bertajuk "Malam Penghujung Rindu bersama Jamal Abdillah" di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor (HSPJ).

Persembahan tersebut dijangka memukau kira-kira 600 hadirin dengan lagu-lagu popularnya yang pasti memikat jiwa. Ia bertujuan menyediakan platform untuk penyanyi dan penghibur itu menghiburkan peminat setia yang rindukan suaranya.

Klik untuk imej besar...

"Kami mahu peminat berinteraksi dengan personaliti kegemaran dan menonton persembahan bertenaga. Dengan usaha ini, kita berharap bahawa ia boleh membantu mengembangkan industri muzik tempatan menjadi satu wadah yang istimewa," kata Norashekin Yusof, Pemangku Pengurus Besar HSPJ dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini.

"Inisiatif ini juga akan dilihat sebagai detik 'kemunculan semula' untuk HSPJ bagi membina semula kesetiaan pelanggan dan mengukuhkan reputasi jenama hotel. Kita mempunyai artis yang hebat untuk persembahan lain selepas ini seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dato' M. Nasir, Anuar Zain dan ramai lagi.

"Selain itu, kami juga merancang untuk membawa lebih banyak penyanyi dan band di HSPJ bagi melaksanakan hasrat murni ini. Oleh yang demikian, kami akan memastikan setiap persembahan akan memberi kesan mendalam yang sukar dilupakan," tambahnya.

Untuk info, HSPJ yang terkenal dengan masakan Malaysia menyediakan seorang Chef terkenal iaitu Chef Khairuddin yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang masakan. Malah permaidani merah juga akan dipasang bagi menyambut kehadiran penonton disamping beberapa tiket bertuah untuk hadiah-hadiah menarik semasa persembahan.

Tiket untuk persembahan dan makan malam berharga dari RM300 hingga RM600 bagi individu manakala tempahan meja dari RM3,000 hingga RM6,000 satu meja.

Untuk tempahan, sila hubungi 03-7680 9619 / 03-7680 9635 (KUB) atau 03-7956 2100 / 013-3772633 (Cik Nani - HSPJ)

<b>Jamal Abdillah</b> Mengaku Tidak Lagi Panas Baran – Perak Today

Posted: 08 Nov 2012 09:31 PM PST

Artis yang terkenal dengan jolokan Raja Pop iaitu Jamal Abdillah menganggap faktor usia yang semakin meningkat merupakan punca utama dia tidak lagi bersikap panas baran seperti dahulu.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 53, berkata, penambahan usia itu menjadikan sikap buruk yang ada dalam dirinya semakin berkurangan dan dia menyedari perkara itu sejak lapan tahun lalu.

"Alhamdulillah sekarang ini saya lebih 'sejuk'. Tak seperti dulu yang suka naik angin tanpa sebab.

"Saya percaya setiap sikap buruk itu mesti ada punca dan saya berjaya membuangnya sedikit demi sedikit.

"Mungkin juga kerana faktor umur yang semakin meningkat, saya menjadi lebih matang dan tahu menilai sebelum bersikap di luar jangkaan," katanya.

Tambah Jamal, apabila berada dalam keadaan terkawal seseorang itu akan memiliki fikiran yang waras, tidak sombong selain mampu mengatasi segala sikap buruk yang ada pada diri.

Dia juga sedar sikap panas baran itu juga akan merosakkan diri serta hubungannya dengan peminat sekiranya dia tidak berubah.

"Seperti yang semua tahu, dulu saya berada di alam "kabur" (di bawah pengaruh dadah) dan ia membuatkan tingkah laku saya juga tidak menentu.

"Namun selepas saya sudah bersih, panas baran saya juga semakin lesap dan menjadi normal seperti oranhg biasa," ujarnya.

Sementara itu, Jamal bakal muncul dengan sebuah konsert sempena Fiesta Karnival Lanjut BBQ Seluruh Dunia pada 24 Disember depan bersama penyanyi Jay Jay.

Konsert itu akan berlangsung di Lanjut Golden Beach and Golf Resort, Kuala Rompin, Pahang.

Tiket konsert yang berharga RM399 hingga RM699 (disertai hidangan makan malam) boleh ditempah dengan menghubungi talian 09-4145113.

-mStar Online

<b>Jamal Abdillah</b> Bakal Menerima Gelaran Dato&#39; ? | buahmulut.com

Posted: 13 Oct 2012 11:21 AM PDT

Foto Oleh : Farish Ayub

Bukan sesuatu yang jangal pada masa kini apabila ramai artis yang menerima gelaran Dato dan sebagainya. Buktinya semakin ramai artis-artis tempatan yang sudah pun memiliki gelaran ini.


Jamal Abdillah

Jamal Abdillah & Dato' khatijah Ibrahim di sidang media Konsert Gemilang KLCC

Terbaru apa yang disampaikan kepada kami ialah ura-ura yang mengatakan Jamal Abdillah adalah diantara barisan artis yang bakal menerima pengiktirafan tersebut tidak lama lagi. Benarkah penyanyi bersuara 'jantan' ini bakal dianugerahi dengan gelaran tersebut?

Khabarnya gelaran Dato' ini akan diterimanya daripada sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan Keberangkatan Tuanku Sultan ke Konsert yang melibatkan Jamal Abdillah pada minggu lepas di negeri berkenaan.

Jika benarlah apa yang disampaikan kepada kami ini adalah sesuatu yang sahih, maka ucapan tahniah terlebih awal ingin kami sampaikan kepadanya. Pasti personanya akan kelihatan lebih tampan lagi berbanding sebelumnya.

Random Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan