rosyam nor - Google Blog Search |
Anugerah SKRIN 2012 (ASK) : <b>Rosyam Nor</b>? | Berita Semasa Posted: 10 Nov 2012 09:57 AM PST Isu Anugerah Skrin 2012 : Tidak perlu rasanya untuk kami kongsikan siapa yang menang, siapa yang kalah. Samada meriah atau tidak Anugerah Skrin 2012 pada malam tersebut? Seperti yang kami yang kongsikan DI SINI, bukan kerja kami untuk hebahkan perkembangan terkini dunia hiburan termasuklah gosip artis Malaysia. Kami lebih berminat untuk melihat…..perubahan anjakan paradigma & & membincangkan yang boleh dirasakan patut dilakukan dalam dunia hiburan hari ini supaya tidak terus terbabas & tergelongsor. Termasuklah isu yang membabitkan Anugerah Skrin 2012 baru-baru…… Di mana dikatakan terdapat perlakuan lawak yang cuba dilakukan oleh Rosyam Nor yang dikatakan menyindir TV Al Hijrah. Sehinggakan ada sesetengah pihak berpendapat tindakan artis Malaysia seperti Rosyam Nor pada malam itu, tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh artis Malaysia yang bernama Rosyam Noor ini pada malam Anugerah Skrin 2012 TV3 yang telah mencetuskan kontroversi :
Sebelum ini pun pernah tercetus kontroversi berdasarkan laporan berita bertajuk "Artis Malaysia di Anugerah Skrin Berbogel"?". Anugerah Skrin 2012 : Rosyam Nor Buat Lawak Sensitif?Berdasarkan semakan kami pada laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, bagi kami tindakan Rosyam Nor di malam Anugerah Skrin 2012 TV3 hanya kenyataan beliau sendiri sekitar 6 tahun lepas jugalah yang mampu menjawab apa yang bermain difikiran & pendirian beliau sebenarnya….. Sumber : Kenyataan Rosyam Nor di Utusan Malaysia Baik artis Malaysia terutamanya ataupun sesiapa sahaja, bagi kami janganlah disebabkan mahu menghiburkan peminat & orang ramai mempermain-mainkan segala hukum-hakam. Apabila sudah tahu hukum-hakamnya, tidak perlulah mempersoalkan tuntutan agama, menegakkan apa yang dirasakan betul sehingga sanggup menghalalkan apa cara sekalipun atas alasan berlakon ataupun tuntutan kerja. Anugerah Skrin 2012 : Bagaimana Artis Malaysia Yang Lain. Konsep Acaranya? Ok?Bagaimana dengan Zizan Razak? Ya…..Termasuklah tindakan Zizan Razak. Zizan Razak pun ada sebut mengenai batal air sembahyang tidak boleh pegang perempuan. Jujurnya hari ini, ramai sebenarnya yang menggunakan alasan/gurauan sebegini untuk melawak dengan harapan supaya ramai yang gelak ketawa mendengarnya, kononnya tidak boleh pegang tangan bukan muhrim ditakuti batal air sembahyang. Bukankah yang sebetulnya tidak boleh pegang disebabkan bukan muhrim. HARAM hukumnya bersentuhan sesama bukan muhrim. Lagipun, kalau nak diceritakan soal wuduk ini & menyentuh bab batal air sembahyang, suami isteri yang berwuduk pun mengikut (mazhab imam Syafi'i) kalau bersentuhan jadi batal wuduknya & kena ambil wuduk semula. Kemudian sebut pula perkataan yang tidak senonoh seperti ________________. Perlukah cara sebegitu untuk melawak & menghiburkan hati orang ramai?
Owh…kami kena marah pula? Erm….. Teringat kami satu bual bicara yang dihoskan juga Rosyam Nor, antara yang hadir ialah Fauziah Nawi, Ustaz Zawawi (antara ustaz pilihan Berita Semasa) dan Nazrey Raihan di TV1 yang bertajuk 'Hiburan…Jalan ke…?'. Dalam rancangan itu, Ustaz Zawawi ada beritahu & menjelaskan hiburan memang tiada salahnya tetapii jatuh haram jika ia bertentangan dengan syariat.
Lihat bagaimana orang yang tinggi ilmu agamanya menjawab setiap persoalan daripada kalangan mereka yang masih perlukan bimbingan. Sebenarnya, kalau nak sebut pasal permainkan hukum agama boleh dikatakan keseluruhan rancangan semalam itu "merapu" dan "meraban jauh terpesong" dengan pakaian artis Malaysia yang hadir yang dedah & terkoyak sana sini, bab sentuhan tangan, dukung artis __________ ini sesuka hati dan lain-lain lagi. Bukan setakat semasa Anugerah Skrin 2012 (ASK) TV3 sahaja, bahkan anugerah-anugerah yang lain sama sahaja. P/S : Doakan sahaja moga-moga kalangan artis Malaysia diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali ke pangkal jalan. |
You are subscribed to email updates from rosyam nor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan