Nuffnang

Khamis, 8 November 2012

Hazama af - Google Blog Search

Hazama af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 12:00 AM PDT


Intan Ladyana Tolak Cinta <b>Hazama</b>? | BERITA SEMASA!

Posted: 28 Sep 2012 07:49 PM PDT

Intan Ladyana dan Hazama

Pertemuan pertama antara Hazama dengan Intan Ladyana tahun lalu tanpa disedari membuahkan bibit cinta. Biarpun sedar Intan adalah kekasih kepada Kamal Adli, namun Hazama tidak mampu untuk menepis perasaannya sendiri.

Namun, dia tidak sangka menerima respons yang cukup baik dari Intan. Persahabatan mereka berjalan dengan cukup baik sekali, sehinggalah Hazama mendapat tahu, Intan hanya menggunakannya untuk mendapat bahan berita.

"Pertama kali bergandingan dengan Intan, memang saya agak gementar pada mulanya. Apatah lagi melihat muka Intan yang garang (ketawa). Tapi bila dia mula berborak, dia seorang yang cool sebenarnya.

"Dia juga banyak membantu saya mendapat keserasian, berbincang tentang babak yang melibatkan kami. Lama-kelamaan saya tidak lagi berasa janggal dengannya.

"Dalam filem ini, saya dan Intan berkawan setelah berkenalan menerusi rakan saya dan sepupu Intan. Hubungan kami agak rapat, tapi rupanya Intan hanya sukakan saya kerana mahu mendapatkan bahan berita saja. Tapi bagi yang mahu mengetahui selanjutnya mengenai hubungan kami, kenalah tonton filem ini," katanya.

Bagi Intan pula, pengalamannya berlakon dengan aktor yang berlainan membuatkan dia tidak berasa janggal. Malah, pengalaman sebelum ini banyak membantunya membina keyakinan dan membuang rasa gemuruh.

Katanya, dia merasa lucu melihat Hazama gugup ketika kali pertama berjumpa dan kegugupan itu berakhir sedikit demi sedikit bila mereka kerap bertemu di lokasi.

"Menerusi Ape Celop Toqq, saya pegang watak sebagai Laila, wartawan jenayah yang terpaksa ditukarkan ke meja hiburan. Saya berkenalan dengan Hazama, tapi saya berkawan dengan dia hanya untuk kepentingan sendiri sahaja sebenarnya," katanya.

Intan berkata, tidak sukar untuk bekerja di bawah Ahmad Idham kerana sudah beberapa kali bekerjasama di bawah pengarah prolifik itu.
Intan berkorban demi 'Qyra'

Bercerita tentang perkembangan seninya, Intan yang selama ini terkenal dengan imej berambut panjang sanggup mengorbankan rambutnya itu demi mencari kelainan dalam lakonan.

Menurut Intan, pengorbanan itu terpaksa dilakukan demi memberi watak yang berlainan dalam filem terbaru lakonannya, Dampak.

"Memang dah lama saya tidak berambut pendek. Seingat saya, kali terakhir ketika di zaman sekolah menengah. Sayang memanglah sayang. Tapi demi menjayakan watak Qyra dalam Dampak yang memerlukan dia ada
kelainan berbanding adik-beradik yang lain, jadi saya pilih untuk memotong rambut saya.

"Pada mulanya saya risau imej ini tidak sesuai dengan wajah saya, tapi Alhamdulillah, ramai yang memuji. Jadi saya tidak lagi gusar sekiranya wajah saya kelihatan gemuk dan sebagainya," ujar Intan.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Intan berkata, dia baru sahaja menghabiskan penggambaran Bini-Biniku Perkasa yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Selain itu, Intan juga akan memasuki set penggambaran filem terbarunya tidak lama lagi.

"Saya kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaru saya, Ape Celop Toqq. Selain itu ada empat lagi filem lakonan saya yang belum keluar di pawagam iaitu Sebelum Subuh, Pada Suatu Cinta Dahulu dan Adnan Sempit Tiga, termasuk Dampak," ujarnya.

Belum sedia berkahwin

Bagai tidak lengkap berbual dengan gadis manis berdarah campuran Melayu-Thailand jika tidak menyentuh hubungan cintanya dengan aktor, Kamal Adli.

Mengakui bercinta dengan orang dalam industri besar cabarannya, Intan berkata, hanya mampu berdoa agar hubungan yang terjalin akan berkekalan.

"Cabaran terbesar dalam hubungan kami adalah masa. Bila saya tidak sibuk di lokasi, Kamal pula terlibat dengan penggambaran dan begitulah sebaliknya jika Kamal ada masa, saya pula sibuk.

"Bagaimanapun, tiada tekanan dalam hubungan kami. Kami juga tidak letak sasaran bila akan berkahwin sebab pada pendapat saya, kalau saya letak sasaran, dan tidak berjaya kami juga yang akan tertekan.

"Keluarga juga tidak pernah mendesak. Jadi buat masa ini, biarlah kami kumpul harta terlebih dahulu, lengkapkan diri masing-masing dengan ilmu agama. Lagipun sejujurnya saya masih belum bersedia untuk berkahwin,"
jelasnya.
Hazama bersyukur

Dia pernah berdiri dalam barisan top 20 calon pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat. Namun, mungkin bukan rezeki, Hazama tidak berpeluang menjadi barisan 12 pelajar AF.

Bagaimanapun, Hazama terus aktif bersama barisan bekas pelajar AF yang lain menerusi pelbagai program ke seluruh Malaysia. Mungkin sudah 'jodoh' bersama program AF, Hazama akhirnya terpilih untuk menyertai AF musim kesembilan pada minggu ketiga bersama Fina.

Ternyata, walaupun hanya berkesempatan menunjukkan bakat pada minggu keempat, Hazama terus menyerlah minggu demi minggu sehingga dinobatkan sebagai juara AF9.

Biarpun terpaksa menunggu lima tahun untuk mengecap kemanisan, Hazama berkata, dia sedikit pun tidak ralat kerana penantiannya itu kini berbaloi.

"Mungkin jika saya berjaya pada masa itu, saya mungkin tidak akan ada lagi dalam industri sekarang. Bagi saya, sepanjang saya berada dalam industri sebelum ini, ia adalah tempoh pembelajaran saya.

"Banyak pengalaman yang saya cedok sepanjang berada dalam arena ini sebelum dikenali ramai. Sekarang, bila orang sudah kenal, saya gunakan pengalaman yang ada sebelum ini untuk membawa diri saya dalam industri ini," katanya.

Hazama ditegur Idham

Ditanya mengenai penglibatannya dalam bidang lakonan, Hazama berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang dan rezeki yang terbentang di depan mata apabila Idham menawarkannya watak utama dalam filem tersebut.

"Penglibatan saya dalam bidang lakonan bukan bermakna saya dah beralih bidang atau lupakan nyanyian. Nyanyian tetap nombor satu. Tapi bila abang Idham tawarkan untuk berlakon, saya rasa tak mampu untuk menolak dan saya rasa kenapa tidak untuk mencuba.

"Malah saya rasa cukup bertuah kerana dapat bekerja di bawah abang Idham kerana dia banyak memberi tunjuk ajar dan menegur saya sekiranya lakonan saya tidak memuaskan hatinya.

"Saya harap peminat dan penonton akan berpuas hati dengan lakonan saya kelak kerana saya sudah beri komitmen sehabis baik untuk filem ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Hazama berkata, dia masih belum bersedia untuk memberi komitmen pada tawaran berlakon drama bersiri kerana takut tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya.

"Saya tak mahu peminat keliru dengan saya dan melihat saya seolah-olah tamak untuk terima semua tawaran yang datang. Buat masa ini saya lebih selesa jika berlakon dalam filem kerana filem hanya keluar setahun sekali.

"Selebihnya masa, biarlah saya tumpu bidang nyanyian, mantapkan nyanyian. Mungkin dalam tempoh 10 tahun dari sekarang, baru saya boleh beri komitmen dalam penggambaran drama bersiri," jelasnya.

Bahagi masa

Hazama berkata, dia kini dalam perancangan untuk melancarkan album sulungnya yang dijangka akan menembusi pasaran pada hujung tahun ini.

Katanya, walaupun kini sibuk dengan penggambaran filem terbaru, Lari juga arahan Idham, dia cuba untuk mencuri masa terluang menyiapkan albumnya itu.

"Album ini akan diterbitkan oleh Audi Mok dan Omar K. Mereka juga bertindak mencipta lagu-lagu di dalam album ini. Mungkin 10 lagu akan dimuatkan dan saya sendiri akan menyumbang satu lagu dalam album ini.

"Selain itu, lagu Simetri dan Cinta Teragung akan dimuatkan dalam bonus track. Tapi lagu Aku Mahu Dia yang juga runut bunyi filem Ape Celop Toqq tidak akan dimuatkan dalam album ini. Lagu tersebut hanya untuk runut bunyi di dalam filem saja, lagi pun genre muziknya tidak sesuai dengan saya.

"Saya tidak mahu peminat keliru, jadi atas dasar itu, lagu tersebut tidak akan dimuatkan dalam album saya. Saya harap, impian saya untuk melihat album pertama saya menemui peminat hujung tahun ini akan menjadi kenyataan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan